Tuesday, January 3, 2012

Baru ku tahu

Bos cakap iklan tu untuk perli suruh orang gi mesjid. Ok, tapi kenapa perlu perli sedangkan konsep berdakwah kan kena lemah lembut. Kalau kau perli adekah orang akan gi? Dua tiga kerat yang paham bahasa gi la. Kalau aku yang lurus bendul ni kompem tak paham. Seriously, aku kalau ayat2 tersirat memang susah nak paham. Sebab tu rumusan or summary aku tak reti buat.

Kawan aku ni pon berdakwah gak, tapi yang sorang ni aku boleh terima sebab dia cakap baik2, lemah lembut sopan santun cukup, manakala yang sorang lagi tu suka perli2. Mana satu yang aku nak ikut? Mestila yang sopan santun tu kan? Bagi aku la, kalau dakwah perli2 ni, elok2 kau ada niat nak berubah tapi bila kau dengar dia ni perli terus terbantut niat.

Kalau ayat 'sembahyanglah anda sebelum anda disembahyangkan', or 'turn to Allah before you return to Allah' itu lagi bagus dari perli like iklan tu kot?

Iklan jawatan kosong

Mak aku bagitau tadi, haritu on da way dia ke jitra, ada satu iklan jawatan kosong.

Aku dengar nama jawatan tu, aku tak tau rasa nak gelak or nak sedih. Jawatnnye adalah.........makmum kat mesjid.

Aku macam..what??? Nak jadi makmum pon dibayar? Nampak nau mesjid kat area tu kurang orang. Ni kalau dah kes makmum kena bayar gaji macam tak ikhlas la dia solat tu kan? Karang beramai2 pulak datang, tapi nawaitu bukan nak mengimarahkan mesjid, tapi nak duit.

Monday, January 2, 2012

Semoga selamat

Green Apple kena operate untuk abort baby dia sebab dia kena severe pre-eclamsia. Lantak la eja betol ke tak janji bunyik sama.

PE ni occurs kat pregnant women je, where blood pressure akan jadi tinggi, uric acid dalam badan tinggi and urine ada banyak protein which we call albumin. Patient boleh kena sawan and it affects both mother and baby.

Bila aku baca blog dia aku sedih gila babas. Hubby dia sedih sebab rasa macam tu baby girl. Itu gaya2 orang dah ada anak 2 sedih, kalau yang 1st time pregnant or yang takde anak langsung lagi la sedih. Kalau jadi kat aku...errr..bang, kawen lain la ye..adinda sanggup kena cerai.sobs
Semalam aku tanya bos, ape azam tahun baru dia.. Dia cakap nak kumpul duit kawen cepat2. Tapi aku heran kenapa aku tak eksaited pon.

Agaknya sebab aku tak kerja lagi. Mak aku letakkan syarat selagi tak keja tak boleh kawen.

Ataupun aku dah sampai masa yang dah taknak pikir pasal kawin. Aku ni jenis kalau dan2 tu teringin nak time tu jugak. Bila tak dapat aku dah taknak or tawar hati. Maybe aku dah tawar hati nak kawin.. Waa..nape ni??? Mood swing pulak. Dush3! Tetibe nangis plak. T_T

UPSI dan pelajarnya

Heran betul aku apesalla student sekarang ni macam ni. Kau nak demo, tapi xde permit. Ok, tu tak kesah sangat la kan. Haritu pun Bersih 2.0 takde permit. Menyusahkan polis2 and FRU je. Eh, betul ke aku tulis tu? Ala, yang pakai perisai2 tu la. Tak tau aku apa nama. Elok la tu, yang tua tunjuk contoh baikkkk punya kat golongan muda. Sama la jugak Khairy Jamaluddin dengan ahli pemuda yang lain time Bersih 2.0 tu. Kononnnya nak halang Bersih 2.0. Tak payah la bro, Polis n yang berkenaan tau la nak buat kerja dia. Kau hanya buatkan jalan sesak ada la. Kan ke semua kena angkut gi balai.


Now UPSI demo sebab kes AUKU. Siap ada yang baring2 lagi. From my point of view, those yang baring2 ni are attention seeker lah. Apehal kau nak baring2 pulak kan? Mestila nak menarik perhatian orang tengok kau so that kau akan rasa puas sebab demo kau menjadi. Tapi bodoh pon ada jugak. Hasilnye? Menyusahkan polis, halang lalulintas, baju kau kotor and proses nak pinda AUKU pun tergendala. Kalau betul kau memang nak gomen mansuhkan AUKU tu, guna cara yang betul la..Mintak sign students, hantar memorandum. Ni tak, memalukan nama institusi pengajian je. KERANA NILA SETITIK ROSAK SUSU SEBELANGA. Pasal korang nanti orang lain pandang students UPSI semua pemberontak. Mentaliti masyarakat kita tak boleh jangka. Sungguhpun aku tau bukan semua student UPSI cenggini, tapi akan ada jugak orang yang akan pandang serong kat students yang tak bersalah sebab peribahasa yang tadi tu.


Sekarang ni aku tengah membayangkan orang2 atasan UPSI, mesti dorang pening kepala dengan kes students demo ni. Eh, jap.. Sekarang bukan ke time bizi2 test, assignment berlonggok2.. Boleh pulak gi demo2 bagai. Hebat! Syabas bete!

Sunday, January 1, 2012

HAPPY NEW YEAR

Hari ni adelah ulangtahun ke5 aku berkawan secara seriusnye dengan bos. Cewah, baru 5 tahun tapi rasa macam dah lama-->ayat cam apa je. Orang selalu cakap "Rasa macam baru je berkawan" tapi aku rasa lama. Maybe sebab gatal gedik nak menikah.

Dan dikala ini rumahku sedang bergelap karena mak ayah aku dah tido. Tetibe ada orang ketuk pintu. Aku macam..apehal lak pukul 11.30 ketuk pintu rumah orang? Dah sah2 bergelap mesti la orang tu dah tidur. Tak kuasa aku nak bukak. Mak ayah aku terbongkang tidur depan tu. Kang kalau nasib tak baik tak pasal ada makhluk kaki tak jejak tanah melambai depan pintu. NGOK! Sendiri cakap sendiri yang seram tetibe.

Orang selalu cakap pasal New Year's resolution.. Aku punya still sama macam dulu kot.. Sebab yang tahun2 lepas punya semua tak tercapai. Baik takyah ada azam kalau tak usaha! Sengal! Tapi adelah bagus untuk peringtan kepada diri sendiri..Azam tahun baru saye ialah:

1) Melangsingkan serta mengcurvekan badan. Melangsingkan ke tahap 45kg. Yang ni memang takkan boleh tapi aku cuba untuk tak try makan banyak..wahaha..ohh yes, aku memang tak boleh mengawal nafsu makannn. Takat berat baru 49kg aku dah gigil2, apetah lagi 45kg. Takat berat 52kg baru boleh period keluar darah, kalau 45kg menopaus terus sebab hormon tak stable.


2) Menjadi seorang manusia yang baik. Baik dari segi segala perlakuan, tutur kata dan everthing yang boleh menampakkan aku seorang perempuan melayu terakhir. Dan aku kena berfikir sebelum berkata2. kalau tak jadi macam kes Nyah pulak.. Kesian dia. Pertuturan pulak masih kasar macam dulu. Aku teringin nak cakap sopan dan ayu macam adik, kakak and kakak ipar bos. Malangnya didikan yang diberikan tu bukan la tak cukup, tapi bangsa aku ni kalau cakap sopan2 macam pelik je?


3) Membeli kereta kecil warna merah. Ngek la, macam lagu. Ini adelah azam baru saya. Sebab tahun lepas aku still belajar. Tahun ni kalau ada rezeki aku kerja, aku nak beli keta kaler merah. tapi kete apa je yang kecik and kaler merah and sesuai ngan bajet aku? Myvi? ohh..lagi best itu 61k. Kopak aku. Ari2 mintak sedekah pulak kang. viva xde pulak kaler merah. Tapi mana tau nanti2 ada ke.. kn? Kalau tak mampu sangat naku beli Ferrari kecik kat uptown tu. Tak pon hotwheels. Nama pon keta kecik kann?


4) Tak terpikir pon lagi.

Saya tak sengaja

Time aku tengah siap2 nak balik ke rumah dari kampung, aku sibuk mencari brooch sebab aku just bawak brooch2 tu je. Yang lain batu2 habis hilang. Seingat aku, aku tinggalkan dalam kete bendalah tu. Pastu aku pon nak gi amek.. Sekali takde. Mau tak gelabah bewak aku cari tak jumpa. Aku tanya ayah, mak sume cakap tak nampak. At that time mak andak aku n nyah ada, diorang cakap cari dalam kelam kabut memang tak jumpa. oh, mana lagi aku nak letak seba aku memang ingat aku letak dalam kete. Beria aku cakap aku ingat, aku letak dalam kete. Pastu mak aku bisik, 'Kang Nyah terasa pulak anak dia amek' sebab hari sebelumnya Nyah tumpang kete aku gi Ipoh. Nyah ni memang kuat terasa sikit. Aku pon kuat sentap gak. Kalau jadi kat aku pun aku sentap gak. Tapi.......aku tak sengaja... And aku pun lupa yang dia tumpang keta aku semalam. Ngeng la! Selama ni rekod aku bersih je. KAng dia ingat aku kedekut nak bagi tumpang keta pulak. Sebelum ni memang ada kes ngan adik2 mak aku yang lain sebab tumpang keta ni. Dia takde keta, so bila orang nak gi jalan2 tak ajak dia, dia sentap. Masalahnya takkan tiap kali nak keluar nak bawak dia? Semua orang ada life sendiri, diorang pun nak menikmati life dengan family. Bukannya selalu keluar pon. Pointnye sekarang aku adelah sangat risau dia berkecil hati and cerita pasal aku cakap macam tu kat mak sedara yang lain. Adussss... Aku dapat bayangkan la, mesti orang pikir aku yang bukan2. tapi, aku sangatla xsengaja cakap macam tu..... Nyah, i'm sorry.. Saya bukanlah manusia yang sempurna. Harap maafkan T_T