Thursday, January 26, 2012

Mimpi

Dua hari lepas aku mimpi di ambang maut.
Aku drive gi tempat belajar azrin. Dia ni jiran aku. Tahun lepas aku amek lesen keta dengan dia.
Pastu aku tetibe masuk kat tempat tu. Dia macam kilang pun ada, macam banyak2 mesin.. Gudang kot?? Tapi nak hantar azrin gi tempat belajar. Tapi.. Tah..pelik betol mimpi ni. Azrin pun tah kemana time sampai tu. Elok aku nak keluar dari tempat tu, ada a group of penjenayah kot ada senapang bagai, ambush.. Pastu aku dengar ada suara cakap suh aku hide kat one of the compartment.

Waa..cuaknye tetibe ade benda belari2 atas siling.

Ok. Sambung. Pastu aku hide. Tetibe besi2 keliling aku. Macam penghadang tu. Bentuk segiempat, macam aku ditutup dengan kotak. And besi2 tu compress. Aku kecikkan badan. Dalam hati dah doa macam2, pikir ajal dah dekat je. Dada rasa macam terhimpit. Gaya macam final destination pun ada mimpi aku tu. Lama lama aku kena compress, darah keluar dari hidung.

Then aku terjaga dari tidur. Semput2 aku.. Terus mengucap, istighfar semua. Gila cuak, nasib baik aku bangun. Kalau la tak sempat bangun, or memang tak terbangun, memang innalillah la..

Semenjak dua menjak ni, mimpi aku memang ala2 cenggini. Kena himpit dengan lif la, langgar keta la, kena cekik la.. Sebab aku tak baca doa tido ke? Sebab aku tak basuh kaki ke? Sebab Allah nak bagi peringatan ke? Ataupun tanda2 nak pergi?????

Wednesday, January 25, 2012

Suka dan duka

Benci betul bila ada fb tengok cerita2 bab posting yang tak best ni. Kalau takde fb ni susah jugak sebab dah tak boleh contact dengan kawan2 kat obesi.

Tadi mimi cakap, kawan dia tak dapat intrview, tapi junior dapat. List interview keluar ikut kos. Tapi dia ni tak dapat. Junior dia boleh pulak dapat kan? Bagi aku benda ni tak adil la.. Sepatutnya peluang tu kena la bagi secara adil. Kesian kat orang tu. Aku pun agak bengang sebab lama dah menunggu. Nak keje lain pun asyik pospone je sebab takut kang interview ke apa, aku kena cuti padahal baru berapa hari keja je. Pentadbiran tak teratur langsung. At least kalau siang2 kau bagitau, dah lama aku carik keja lain. Dahlah kos aku ni orang tak nak amek keje sebab kalau amek possiblity untuk benti keja sebab dapat cikgu adelah tinggi. So buat apa orang nak amek risk kan? @& %*!!! Menyesal pun dah tak guna. Down gila aku sekarang. Dada rasa macam nak pecah, sengal la!!!

==========================

dari hari isnin, acu aku datang sini dengan family dia. Kitorang pegi padang besar. Dah berapa kali aku gi, tapi tak beli pape pun untuk bos. So aku pun tanya, kalau aku belikan tshirt dia nak tak. Dia ni suka pakai barang branded. Mana layan cap2 ayam ni. Aku je layan. Heh. Sekali dia cakap ok.. Aku pun beli la.. I love perlis.. Kain tak sedap langsung!

Tu pegi semalam. Esoknya ada pasar pagi kat rumah aku. Hari ni lah. Sekaliiiiiiiiiiiiii..... Ada jersi macam2 kaler, cantik2 pulak tu.... Seploh ringgit je. Kat padang besar 25 ringgit, tapi kain sama je.. Tetibe rasa menyesal. Kalau beli jersi boleh jugak bos pakai pegi men bola nanti..wuwuwu.. Nak beli lagi tapi aku ni kena save sikit. Kesian bos. Lain kali la beli.

Banyak benda aku nak tulis, tapi aku macam tak boleh nak luahkan.. Rasa macam tak mampu nak susun ayat. Berserabut kepala. Kan best kalau aku ni jenis yang tak amek kisah apa orang cakap. Macam dulu2. Stress.

Monday, January 23, 2012

Bertunang

Aku baru dapat tau lina bertunang . Bagusla.. At least kurang rasa bersalah aku kat dia pasal hal lepas. But still, aku tak tau kenapa aku macam sedih je. Sepatutnye aku gumbira lah kan... Bos cakap aku sedih sebab aku belom lagi. Tapi rasa macam tak jugak. Memang dulu aku gelabah nak kawin awal. Tapi sekarang banyak sangat penghalangnya, so aku dah takde hati. Lagipun belanja kawin mahal. Aku rasa kalau aku nak kawin pun maybe dalam umur 30 ke atas. Sadis la sambil menaip boleh nangis pulak. Bila la perangai cengeng aku ni nak stop ntah.

Dulu aku n kawan2 aku selalu cakap sorang lecturer ni suka marah2 sebab dia andalusia. Aku rasa kang ada yang kena balik kat diri sendiri kang. Oh plisssss.. Aku teringin nak ada baby boy. Hope sempat kawin n ada anaklah.. Tapi if aku kawen lambat, mesti aku moody gak..pastu orang mengata kat aku macam aku and kawan2 aku cakap pasal lecturer tu. Hambik sebijik! Damn la. Pikir sampai ke situ pulak.

Saturday, January 21, 2012

merapu dan meraban

Education in Malaysia is an on going effort towards further developing the pontential of individuals in a holistic and integrated manner so as to produce individuals who are intellectually, spiritually, emotionally and physically balanced and harmonious, based on a firm belief in God. Such an effort is designed to produce Malaysian citizens who are knowledgable and competent; who possess high moral standards; and who are responsible and capable of achieving a high level of personal well being as well as being able to contribute to the betterment of the family, the society, and the nation at large.

Wah. Tahniah untuk diri sendiri sebab berjaya menghafal falsafah pendidikan negara. Nak hafal sambil bercakap2 nanti macam segan je kat mak ayah. So tulis adelah the best way. Susah betol kejap2 ada so as, such an effort. Bahasa cantik sangat. Aku yang bahasa tunggang terbalik ni susah sikit nak hafal. Maklomla otak berkarat. So jap lagi kalau keluar nak beli kismis. Motip? Untuk cerdaskan minda. Ada orang cakap bersenam cerdaskan minda. Tapi haku kalau habis bersenam migrain ada la. Sebab tu la bunccccit! dasar pemalas!


Aku rasa nak gigihkan diri mengajar Addmath sampai bebudak tu rasa okay. Semalam ajar, Siti 55% je, Amirul 70% paham. Ok ke hah? takpe, malam ni aku ulang lagi. Yang aku notice Siti sejak dari awal lagi blur, sebab siang2 dah cakap dia ngantuk. Tapi bila buat latihan, memang kena jugak tunjuk sikit2. Nama pun budak baru belajar. Aku dulu lagi teruk rasanya. Wahaha. Tapi aku rasa dia okay sebab tengok homework yang cikgu bagii dia buat and suruh aku cek, semua betul. Kira bagus la tu. Masa mula2 sampai tu dia tanya soalan fizik. Berpeluh2 aku nak jawab. Yela kau, fizik dah dekat 6 tahun aku tinggal. Gelabah sekejap. Tetibe ingat bos, terus tanya. Tapi dapat ajaran sesat. Aku punya perkiraan yang betol. Hahahahahaha. Tapi taktau nak explain. (*_*)


Baru belajar buat smiley comel2. Yang macam tampal koyok tu aku belom reti. Nati2 la aku try. Banyak benda lain nak buat. Belom cari lagi info untuk exam SPA nanti. Ayah aku cakap penguasa kastam ada test lari2. Aduss...mula2 macam malas, tapi macam best je gi jawab exam. So nak pergilahhh... Agak2 kertas exam boleh bawak balik x? Haha merepek jela aku ni. Mak selalu cakap aku pikir merepek, benda yang takkan jadi kenyataan. Mak, terima la yang anakmu ni memang perangai mat jenit sikit. Ada sekali tu aku cakap aku nak amek SPM lagi sekali, nak betolkan result fizik ngan bio aku. mak bebel la apa lagi. Dia cakap aku ni merepek la, blablablablabla..



Muka make up nampak tebal gilos padahal foundation pun tak pakai. Ceit.



Thursday, January 19, 2012

Merisik

Dalam paper tadi, ada cakap kembalikan adat merisik cenggitu la. Bagi aku merisik tu tak payah buat pon takpe. Misalnya, kau duduk jauh dengan pasangan. Aku la tu. Takkan rombongan nak datang 3 kali kan? Pastu tiap2 kali datang mesti kena bagi cincin tanda. Tak kira lagi kos perjalanan. Mampuih! Semput sekejap. Bagi aku bertunang n nikah kawen tu dah cukup. Nak lagi senang, bertunang, nikah hari yang sama. Tapi ikotkan aku nikah je teros. Senang. Ceit gelojoh. Sedang berblog walking aku terbaca perkiraan sorang blogger ni nak kawen. Bajet dlm 40k. Fitam. Duit dah bole beli viva sebijik.

Oh tadi kat bank, keluar dari bank ada orang promote astro. Wah..kemain kau dik. Tau je orang dapat duit bantuan 500 hengget kan? Promote jangan tak promote. Aku pon ade angan2 nak pasang astro kat rumah. Boleh layan bola kat rumah, takyah gi mamak. Eh tak best. Lepak mamak lagi best. Tapi kalau pasang astro alamat tak buat keja la dok lepak depan tb. Alangkan takde astro pun aku mengadap sampai pagi, inikan ada.
------------------------------------------

Tadi borak2 ngan mak aku.. Aku cakap,

aku : bila nak keja ni..nak kawen. tapi aku cover, aku cakap kawan aku cakap cenggitu. Tapi memang ada apa....sorang yang cakap cenggitu..oh self defense. Then mak aku cakap

mak : yang tu jela pikir, takde lain.

Sentap sekejap sebab aku yang cakap sebenarnya, tapi cover. Then cover lagik.

Aku : orang tak. Nanti keja gaji tu orang nak shopping.

Mak : tu yang tak dapat2 keja. Asyik pikir shopping je.

Aku : T_T

sentap lagikkkkkkkk.

Aku tak reti nak bahasakan diri as adik kat rumah sebab aku dah besar. Dulu kecik2 boleh la.. Tapi aku suka je orang panggil aku adik. Especially makcik2 aku. Ekeke. Rasa muda remaja pula.
------------------------------------------

teringat zaman kakak aku bercinta, first love dia. Punya la eksaited dia sampai setiap sms dia tulis balik. Almaklumla fon zaman dulu tu takleh simpan sms banyak. Konon cinta matiku lah. Rajin gila ek tulis balik. Seingat aku dulu, first time ada orang suka aku, tapi jual mahal.. Eksaited la katakan, ada orang bekenan. Tapi takde pulak aku simpan surat ke hapa. Kad raya yes, aku simpan. Tapi sekarang tah kemana-mana. Dengan bos aku simpan la dua tiga sms dia yang sweet2. Tapi bila tengok kat fon dia takdeeeeeee pon dia simpan sms sweet2 yang aku bagi. Apa lagi. Sentap. Aku kan suka sentap. Tapi now aku takde rasa apa2 pon. Kau nak simpan lantak la, taknak sudah. Aku tak kesah. Maybe sebab dah matang kot? Tak pon sebab jauh. Kalau dekat aku asyik nak start perang je. Apasal tah?

Wednesday, January 18, 2012

Mari belajar bahasa jawa

Aha..aku dah jumpa buku yang aku tulis maksud bahasa jawa. Tapi sikit jela bos ajar. I taknak cakap jawa ngan dia. Tak romantik. Tak best. Pastu kalau aku cakap bahasa jawa kompem pelik bunyinye.

Eloklah kiranya aku tulis dalam ni so that bila penyakit lupa aku datang, aku boleh tengok kat sini. Tu pon kalau aku ingat password. Kadang2 dua tiga kali enter password baru lepas. Huhuh

1. Gasik = cepat
2. Ne = nya
3. Arek = nak
4. Wes = sudah
5. Entek = habis
6. Bengi = malam
7. Mengko/ko = nanti
8. Wae = je/sahaja
9. Jagong = duduk
10. Kakang = abang
11. Turu = tido
12. Kabeh = semua
13. Akeh = banyak
14. Jangan = lauk
15. Kue = itu
16. Tekan =sampai
17. Kiae = ini
18. Dewek = sendiri
19. Sore = petang
20. Lungo = pergi
21. Kono = sana
22. Gawe = buat

Contoh:

1. Seng lain gawe opo wae?
Yang lain buat apa je?

2. Kabeh delok tv?
Semua tengok tv?

3. Kenduri ko bening.
Kenduri malam nanti

4. Wes entek kenduri ne.
Dah habis kendurinye.

5. Akeh gawe jangan?
Banyak buat lauk?

6. Wes tekan kiae
dah sampai ni

7. Gawe dewek ke?
Buat sendiri ke?

8. Ko sore lungo sono la?
Nanti petang gi sana la?

Tuesday, January 17, 2012

Random

Wan- Tadi gi carik dapur gas baru yang ketiga dalam dua bulan ni. Berchenta pakai yang kama nak goring apa2. Api yang hamat la selow de mellow. Belek itu taknak, belek yang ni taknak sebab fobia takot api selow lagik. Pastu si Cina ni suruh beli yang harga RM488. Ohoho. Dia ingat rumah aku dapur besar cam banglo? Rumah sekangkang kera keciknye tak layak nak berdapor sampai lima ratus. Dua ratus lebih dah besar rahmat.

Tu – Lepas tu gi beli groceries. Haku kalau gi membeli groceries mesti bertenggek lelama kat makanan kucing. Kononnya nak beli makanan untuk budak kecik 5 ekor tu a.k.a Kitam, Kiki, Kibu, Kiko and lagi satu aku taktau nama apa sebab dia kurang comel so aku care less. Bagos! Bias! Last2 mak aku sound, “ Makan pun orang yang bagi, Duit pun mintak lagi ada hati nak belikan makanan kat kucing”. Ok. Sentap. T_T. Letak balik. Last2 rembat satu mayonis, tepung kastard (bajet rajin nak masak), and kentang frozen. Padahal kentang ada seguni kecik kat rumah.

Tri- Seronok melepas perasaan sentap kat bos bila cakap “Nak chat ngan abang pon macam la nak. Selalu memang tak layan pon”. Yes! Memang dia kurang layan pon. Betol kan?????????????

For – Pepagi buta dah ada orang datang rumah. Boleh bayangkan tak pukul 8, 8.30 datang umah orang without considering yang tuan rumah dah bekpes ke belom. Selalunye rumah akan kekal tak bersapu sampai pukul 12.30, 1 tengahari sebab time tu baru mereka pulang. Mak aku akibatnya terlepas makan ubat darah tinggi dia. Haku bekpes minom air. Buat megi kang bau pulak.Yang datang adelah bersilih ganti. Hari ni sahaje 5 orang datang. Rumah aku memang jadi tumpuan orang datang. Tapi, berpada padalah. Kalau jam tu dah jejak angka 12, kenalah paham yang mak aku ni bersuami, and nak kena masak untuk laki dia a.k.a bapak aku. Tapi ni tak….. Ada laki tapi tak masak sebab laki makan laur.. Habis, semua laki sama ker?? Haritu ada sekali ayah aku merempan, balik rumah pastu mandi2, keluar rumah balik sebab bengang mak aku tak masak2. nak harapkan aku, masak nasik jela reti. Bukan tak reti tapi mak haku ni kalau anak dia masak nama dia nak makan TAK LAAAA. So aku just tolong yang simple2 je. Yang renyah2 like asam pedas, kari, what so ever yang aku tak berapa reti, aku malassss. Nati kena komen, aku yang sentap.

Faif – Perangai baru adelah malas nak tegur and senyum kat orang. Kejadian berlaku di Jaya Jusco Bukit Raja, tahun bila tak ingat. Aku senyum kat budak sekolah aku, then dia boleh tanya kenal ke dia. Aku cakap nama dia, dia cakap betol la tu dia. Cesss. Kau senyum balik dah la. Apa, kalau kau tak kenal orang tu ko tak boleh senyum lahh???? So sekarang aku bertembung dengan orang, aku takde de nak senyum bagai. Aku jalan tunduk je. Bukan bajet ayu tapi malas. Dari aku senyum pastu orang tanya kenal ke dia, baik aku tak senyum langsung. Daripada aku yang sentap, baik orang lain sentap. Wahahaha.

Sik – Sekarang adelah sangat2 takde mood.. senang citer, mood swing. Bukan sebab nak period. Dah period dah haritu. Tetapi memikirkan banyak benda. Kalau duit berkepuk dah lama aku bukak bisnes. Oh, btw haritu aku gorang kentang ala2 wedges KFC. Main campak tepung, lada hitam, and few ingredients, tak sempat habis goreng dah licin. Pastu kakak aku cakap since rumah banyak gila kentang, why not kalau aku jual potato wedges kat depan rumah. Dalam hati ada taman sebab tu maknanya sedap plus ayah aku cakap aku buat tu lagi sedap dari pakai tepung yang dijual di pasaran..well, baru tau ke ayah yang anak mu ini memang pakar menginvent benda. Waahahaha

Seben – Akak aku nak buat bisnes cupcakes but nak try kat rumah dulu, if jadi, baru nak beli barang. Tapi dia suruh aku yang buatkan.. Wadehal??????????? Nama memasak, menggoreng, membakar je semua muka haku. Hangin jer.

Et – katanya list nama untuk interview akan keluar. Mana? Mana? Mana? Kalau takde minggu ni maknanya kami semua telah tertipu untuk ke berapa kalinya.. Wuuuuuuuu


Nain - Tengah memikirkan cara untuk membuatkan pengajaran tentang fungsi gubahan jadi menarik.

Ten – On the way ke rumah tempat aku buat home tuition addmaths, ada sorang makcik ni tahan, dia Tanya if aku boleh tak ajar anak dia on Friday and Saturday macam budak2 sana. Aku cakap tak boleh coz anak dia form 3, dorang form 4. Aku suggest pagi. Dia kata ok, nanti dia confirmkan. And last Tanya pasal harga. “Habis nak bayar macam mana? Macam dorang jugak ke? 5 ringgit dua jam?”. Aku macam.. Apekah?? Dorang bayar RM 10 FOR 2 HOURS. Baik aku keja mekdi cenggitu. Gaji lagi banyak dari tusen. Bukan nak berkira pasal ilmu, tapi ade kau pikir tak modal orang tu beli material, pikir macam mana nak attract student? Macam mana nak pahamkan? Semua tu bukan talent tetapi usaha dan buah fikiran. Gigih tau haku mengyoutube dengan laptop lembab nak mampos sebab dah tua mencari kekdah2 mengajar addmath which aku tak pernah ajar pon selama ni. Complicated. Kalau students tanya kenapa macam tu, kenapa macam ni? Ingat aku reti jawab? Tak memasal aku sekeh seko2 sebab tensen tak dapat jawab.

Eleben – TAKDE LAGI BUAT MASA NI. BILA ADA BENDA TAK PUAS HATI NAK TULIS KEMAIN MALAS NAK BUKAK. ALMAKLOMLA LAPTOP ZAMAN BATU. KELAJUAN MATLAH SEPERTI SIPUT BABI. EH, SIPUT BABI LAGI CEPAT KOT.