Friday, March 16, 2012

Gunakan Libresse

Pad yang aku guna sekarang adelah Libresse. Seriously sekarang jadi pencinta Libresse yang setia. Saya takkan tukar kepada brand lain dah. Best. Best. Aku seronok n comfortable pakai sampai aku suggest siap bagi sample kat kawan2 kat opis. Gila excited nak sebarkan kesedapan bila memakai Libresse. Wah bole jadi duta ni. Kapas dia sangat soft, sangat soft. And bila pakai dia ada tunjuk front and back untuk dilekatkan kat panties. And bila pakai ko rasa tak pakai pape. Sebab dia soft. Rasa nak bocor pon jarang la. Kecuali kalau spesies ganas macam aku. Tu pun sebab haritu aku 1st and 2nd day pakai maxi tapi takde wings. Dia kan ada belahan belakang macam adibah noor cakap kat iklan tu. Seriously ikut shape montot. Masuk je celah2 tu, so rasa secure la. Tak takot bocor. And senanggggggggggggg nak cuci. Aku ni penggeli. Nak cuci pun aku percikkan air paip laju2, tekan2 pakai kaki. Tapi sangat senang keluar ek. Kejap je dh putih balik. Macam ko boleh perah, keringkan and pakai balik gitu putihnya. Haha merefeks. Selera ke lagi nak pakai semula????

Dulu aku pakai brand lain. Brand ni dia punya kapas keras. And melecet peha aku kena plastik tepi tu. Dia punya ovenite lagi la tak boleh blahhhh. Memang panjang tapi macam tak bernapas kulit montot aku. Sel2 kulit tu mesti mintak nyawa punya. Kesian mereka ;(. Nak cuci pun hazab. Dia ada kat tengah tu kaler biru. Aku taktau apa significance biru tu kat tengah2. Tapi sangat susah nak cuci. Tak suka. Pastu bila percik air kuat2 kapas dia keluar dari plastik sebab pecah dah plastiknya. Tak suka. Sama dengan brand lain.

So bila ada Libress ni aku hepi. Sangat2 membantu. Tenkiu kepada orang yang reka Libresse ni. Tido malam jadi selesa, tak payah nak lapik kain apa dah. Senang jati je tido. Yang penting kau kena rajin tukar la. Sebab bacteria kalau berpeluh ke hapa kan.

Just want to sayyyyy..

THANK YOU LIBRESSE. I LOVE YOU!

Saturday, March 10, 2012

Ikhlas

Today walaupun mengantuk pi opis, tapi tetap gagahkan jua meneruskan kerja. Karena aku adelah tak boleh tido semalam sebab dok pikir keja.
Owh, by the way, semalam dok borak dalam fon dengan bos, then dia cakap nak buat personal loan untuk beli kete n kawen sekali. Ok hati berbunga sekejap. Dalam ati cakap, 'oh, dia dah pikir pasal tu ke? Bagusla, dia betul2 serious dengan aku rupanya'
Then bila korek balik kenapa tetibe je cakap psal kawin, dia cakap sebab aku nak cepat. T_T
terus rasa tak best. Ingatkan dia sendiri yang pikir macam tu, rupanya sebab aku pressure. So lepas ni taknak mention pasal kawin ke apa. Tak best ok orang buat something sebab kita pressure. Macam tak ikhlas je nanti kan. So ada sedikit kesedihan di situ. Nasib baik tak eksaited lebih.
Nak ketiduran semula tapi adelah sangat tak boleh. Kalau tido petang bermula la episod migrain karang. Wargh. Tensi mak.

Tuesday, March 6, 2012

Si prihatin

What a tiring day. Rasa macam robot. Asyik la mengadap pc sampai berair mata ni. Aku ni bangsa tak boleh tenung benda lama2, mula la nak pening. Tadi pun dah pening2, nasib baik paut kat meja.
Lepas keja terus gerak beli ajax and handwash soap, bos suruh beli untuk ofis. Pastu gerak balik cepat2 sebab hujan. Sampai je terus makan, pastu clearkan dapur, basuh pinggan segala.
Dalam kebizian tu sempat lagi teringat kat bos. Pastu berangans la dia ada kat sebelah kan. Cukup. Dok kat sebelah je tak cakap apa2 pun takpe. Janji ada kat sebelah. Baru tenang jiwa raga. Tapi berangan jela mampu.
Sms bos tadi, rutin biasa harusla cerita semua kat dia kan, apa aku buat, itu, ini..
Dia ni prihatin betol.. Tadi aku cerita la gi beli barang ofis tu. Boleh dia tanya aku ada duit ke tak.. Eh, aku kan baru je gaji. Dia risau aku takde duit. Sweet la.. Comel.. Terasa disayangi.. Di ambil berat.. Shuke..shuke.. :D
*mood menjiwang*

Sunday, March 4, 2012

My new jobscope

My new jobscope as hr assistant
main
1. Stationary record
2. Barang kegunaan ofis
3. Plant staff OT
4. Scheme driver 3.50 n 2.90
5. Annual leave calculation-prorate
6. Potongan cukai bulanan
7. OT foreign worker

back ups
1. ISO
2. Trips commission
3. End month salary checking
4. Payslip
5. Pcb untuk company mdsb

oh pening. Banyak yang aku tak tau lagi.
Btw tadi hr manager n payroll exec dok gosip pasal aku. Cakap everytime mereka sebut 'no', aku toleh sebab ingat mereka panggil aku. Tapi mereka ingat aku tak paham bahasa mereka la tu. Ekeke. Ai paham okeh? Tapi malas ambik kesah sebab aku kena alert, nama pon dok tepi bos karang cakap pekak pulak. And lagi satu dah sah2 kau panggil nama aku nur kan, ingat aku biasa ke? So kena la alert lebih. Okeh bos? Walaupun ko cakap cina tapi ai paham sikit2.

Friday, March 2, 2012

Long time no see

Tadi a friend called. Long time no see punya kawan. Dia cakap dah 9 tahun tak jumpa. Aku tak perasan pon time flew really fast.
Yes, almost 9 years aku tak jumpa dia. Since form 4. Sebab masa form 3 dia dah kena tukar sekolah.
I admired him so much sebab dia kaki surau. Sampaikan masa form 4 aku sedaya upaya cari no fon dia contact dia balik. Time cuti after pmr gigih cari address dia dari kawan aku yang duduk dekat rumah dia tu. Bagi kad raya siap confess suka dia. Bangang gila rasa. Tak malu kan? Kawan2 yang terdekat dengan aku tau la macam mana obsesnya aku kat dia.
Aku lagi obses sebab dia tak cakap dengan perempuan. Tapi dengan aku siap pinjam buku nak tiru okeh. Ekeke. Pastu pulak bila aku kena denda dengan warden sebab gi cafe time prep, dia sakat2 aku. Dah nama aku suka kau kan, lagi menggeletik aku jadinya. Budus. Klaka betul rasa. Pastu ingat lagi last day after pmr, nak amek gambar sekali la kononnya, dia malu pastu berlari menyorok belakang pokok. Awwww.. Comel gitu.
Lepas dapat contact tu, dia takde pulak tunjuk dia suka aku ke apa. Tapi aku takde la frust sangat pon. Tapi tetap baik dengan dia. Dia ni pon baik.. Bila aku dah kapel (dulu la, sekarang serious geli nak sebut kapel. Cam kanak2 je rasa) aku gtau dia, dia okay je. Nampak nau aku yang syok sendiri. Takpelahhh.
After few years kita contact balik n i found out dia kawan dengan Y, yang duduk sebelah meja kat class and sebelah bilik aku. Y pun ada kawan dengan ex aku lepas aku dumped ex aku tu. Tapi dulu dia selalu nau kutuk ex aku. So tak paham apa motif kapel tah? So lantakla.
Aku tau benda tu dari orang lain, ex skulmate yang tau aku obses dengan dia. Tapi aku taktau kenapa aku tak rasa jeles ke, or any feeling yang negative. Neutral gila aku rasa. Walaupun waktu skulmate aku cerita tu, aku tengah fragile sebab bos ada orang lain. Aku senyum je dengar. Boleh? Then fikir2 balik kenapa tak sedih langsung sedangkan aku obses dengan dia. So dah dapat la jawapan. Itu bukan cinta. Aku just admire je. Seriously admire dia. Walaupun dia takde hensem pon. Tapi aku suka cara dia. Ingat lagi, dengan snowcap yang jadi kopiah time solat, pastu dengan selipar biru dia gi solat jumaat.
Tadi ajak jumpa. Tapi aku taknak sebab malu. Sebab dulu aku penah confess aku suka dia. Malu okeh. Malu. Tapi patutnye aku buat bodo jela kan. Sebab dia pun tau aku dengan bos. Siap kutuk aku gatal nak belaki kan. Tapi aku taknak, rasa malu masih menebal nak jumpa after 9 years.. Tengokla bila aku nak kawin, aku gi jumpa face to face menjemput.. Ekeke

P/s: bos, if u r reading this entry, tak sentap kan saye cerita pasal ni kan? Kan? Awak kan tau saya ade awak sorang je ;)

Rentak hidup

Hari ini adelah cuti. So dok rumah mengangkang jela keja. Tapi tak sempat rilek lelebih. Time tengah cuci pinggan, ada dua budak datang mintak ajar. Bawah buku kosong. I mean buku tulis, kotak2 kecik. So aku kerah balik rumah amek textbook.
So ajar la. First ajar nombor bulat, cara tulis nombor sampai puluh ribu, tulis ayat, pastu buat addition, subtraction n multiplication.
Sorang tu standard 6, sorang lagi standard 4. Surprisingly, dua2 tak hafal sifir. Dulu kalau standard 6 xkenal sifir 3 pon dah kena balun. So aku suruh balik hafal. Minggu depan nak tanya. Kalau xboleh aku cucuk dengan duri landak yang bos kasi tu.
Dorang ni still lemah lagi. Basic pun tak reti. Takpe, aku tak marah dorang tak reti, sebab setiap orang ada kelebihan n kelemahan. So try the best bagi paham. So dah paham bagi soalan buat. Tapi still salah. Sebab??? Careless. Hehe. Yang ni aku pun selalu buat dulu.

---------------------------------------------------------

ni nak cerita kisah aku yang tak bersyukur. Patutnya aku dah keja, aku bersyukur la rezeki aku Allah bagi macam tu kan. Ni tak. Aku compare dengan orang lain yang sama position dengan aku, tapi gaji lagi banyak. Pastu merempan sorang2. Tapi bila tido semalam mimpi, bangun tu aku pikir. Betulla, memang aku ni tak bersyukur. Rezeki aku banyak tu, tapi aku tak ikhlas terima. Semua ni bisikan setan. Ok, now aku dah rasa ok, dah terima. Lantakla. Kalau tak cukup cari kerja lain. That easy? Of course not. Tapi kena gigih usaha.
If dah ditakdirkan takde rezeki, terima jela.... Tak kawin la aku sampai ke sudah.. Sobs

Friday, February 24, 2012

Syoknya kawin

Memang la syok kawin. Tapi syokkkkkk lagi nak keluarkan puluh ribu untuk majlis.
Orang selalu cakap. Dah ada tu, kawin jela. Tunggu lama2 buat apa? Ye. Kalau sehelai daun cempedak depan rumah aku tu boleh tukar jadi sekeping duit seratus ringgit, rasanya botak dah pokok tu aku kerjakan.
Lagi satu pasal orang post ustaz cakap pasal syoknya kawin. Apa ingat aku memang nak ke macam ni? Seriously mendera perasaan. Bukan orang taknak kawin ok.. Nak tanggung diri sendiri pun tak mampu lagi.
Mengaku la salah sendiri bila zaman dulu merenyam nak berkawan2. Tapi bila dah besar baru tau camni rupanya jadi. Standard la belajar dari kesilapan. Kawan lama2 tapi tak kawin2. Umo makin bertambah. Keja tak tentu hala lagi.
Orang tak paham. Even nak nikah je takde kenduri2 pun still pakai duit. Kalau yang cakap tu nak sponsor takpe la jugak kan? Standard orang melayu kalau kenduri tak seberapa ni memang kutuk belakang la. So kena la jugak jaga air muka makbapak buat kenduri senonoh sikit kan. Tapi rezeki tak sampai lagi. Nak buat macam mana.
Aku memang hangin betul sekarang kalau orang cakap bab apasal tak kawin2. Ingat seronok ke orang yang tak kawin ni? Bukannye taknak tapi jodoh tak sampai lagi. Malas nak cakap apa bila orang tanya. Kang aku balas sentap pulak.