Saturday, July 21, 2012

rimas

pening kepala. ingat semua dah settle. tapi tak jugak. makin banyak benda tak setel ada la. tensi okeh.

rasa nak kawin, tapi kejap2 rasa macam malas. bukan apa, banyak benda kena pikir. kalau duit berkepuk seronok la jugak nak kawin kan. kenapa la belanja kawin ni mahal sangat.

hati rasa tak tenang. kejap rasa nak gelak, kejap rasa nak menangis. adakah ini petanda aku mengalami gangguan mental? arggghhhhh!

sebenarnya aku jeles kat kawan2 yang dah nak kawin. aku ni berkawan punya lama tak kawin2.

yang benar,

anak dara tak laku

Friday, June 15, 2012

berhari minggu di sekolah.. Bermalam di smk tat beng sempena camping badan beruniform..best jugak..tapi sedikit letih sebab aku tak boleh tido n tak rehat2 lagi dari pagi tadi. Waaaaa...next week nak rehat puas2!

Thursday, June 7, 2012

damn bored!

i am soooooooo deadly bored! Bukannya takda keja tapi malas buat n rasa bosan. Plus harini puasa. Malas nak buat apa2 yang memenatkan. Dah dekat ramadhan baru nak ganti kannn...

Bosan la kat rumah.. Hari2 berlalu tanpa aku buat apa2. Sedar2 je dah malam. Ah. Kalau time study tu tiap hari mesti ada benda nak buat.

Ada benda nak tulis tapi malas sebab kena tulis panjang. Bila ledakan tercetus maka aku akan tulis panjang lebar..

Monday, June 4, 2012

pernah tak rasa tak di welcome oleh seseorang or sekumpulan orang? Aku rasa macam alienated, tak diterima, orang tak suka. Rasa down. Gitulah. Ke aku yang over pikir2 lebih?

Friday, May 25, 2012

welcome to smk tat beng...

berabuk blog ni..kesian ko kan cik blog...alamat aku lama lagi laa akan bukak ko..

aku posting di smk tat beng. mengajar bi ok...... yang lain tu takpe la, tak berat sangat kan.. tapi still aku cam..alaaa, cemana ni nak ajar bi? background mengajar bi pon tak hado.... :(

tapi bersyukur jela..bukan senang nak senang.. for now aku stay rumah sedara aku, tumpang keta kawan aku, kaunselor baru sekolah tu. baru daftar sama aku.. nasib baik dia offer..hikhik.. tapi nanti kena la jugak drive...
beli keta lepas dapat gaji nanti...

so far skul tu ok je.. students pon takde la jahat or nakal sangat,, budak kampung... comel2 je.. awal2 lagi dah wish bday aku..hikhik..sukaaaaa

tapi agak stress sebab banyak kot duit keluar..sob2.. kemudahan ada, tapi aku la..tenet takde.. laptop pun xle connect tenet sekolah.. sebab dia pkai wifi, takde tempat cucuk kabel.. taktau la mcm mana nak ajar dengan efisyen.

Monday, May 21, 2012

Realiti

Aku taktau la ni aku je yang alami ataupun orang lain pun sama macam aku.
Dah dapat posting ni, aku tertanya2 jugak. Eh, betul ke ni, betul ke aku dah nak keja, rasa macam tak percaya. Pelik. Pastu ada satu lagi weird feeling yang aku tak reti nak describe cemana.
Pastu nanti kalau nak kawin camni la jugak. Eh betul ke, tak caya... Kalau laki aku jenis panas baran mau kena lempang dah sebab tak terima kenyataan.
Ok habis bab tu. Bos cakap next week nak datang. Tapi aku kena attend wedding cousin aku. Nanti kot baru boleh jumpa. Rindu lama sikit ye?