Wednesday, December 28, 2011

Kbkk

Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.

Selalu kan tengok dalam buku latihan masa sekolah, bawah soklan akan tulis 'kbkk'. Singkatan pada bendalah tu.. Dalam omputih 'ccts'. Ada 6 stages untuk domain pemikiran ataupun cognitif domain.. Paling bawah is Knowledge, followed by comprehension, application, analyze, synthesize, evaluation. 4 ke atas tu adelah higher order thinking skills. Jenis soalan pekse yang dibuat kena campur semua cognitive domain ni. Selalunye student susah nak score tang soalan berbentuk hots (higher order thingking skills). Kalau level bawah2 takat kau hafal notes kompem ko boleh jawab exam.

Ni ada sangkut paut ngan kbkk or ccts la jugak..arrghh.. Aku kena luahkan jugak, baru aman kelapa aku dari memikirkan benda ni.

Masa aku buat hometuition dulu, aku ada borak ngan anak makcik tu, sebab time tu dia nak amek pmr, aku pun tanya 'homework dah siap?'. Dia jawab 'belom, bi ada essay, tapi xpe, copy dari tenet je'. Beberapa pulan kemudian.. Adik aku nak exam spm esoknye, gelabah biawak dia dengar soalan spot pasal usaha ibubapa untuk memupuk semangat 1malaysia dalam diri anak2. Aku malas amek port sebab dia ni xmakan saman. Nak2 dengan aku. Malas aku nak cakap kang aku kena elaborate panjang pulak. Aku bukan apa, dengan dia ni aku cepat angin cket gara2 kejadian bape tahun lepas.

Dulu aku ada belikan dia baju, tapi dia ni mulut xde insurans. Dari dulu lagi aku dah simpan je segala apa dia cakap. Kutuk aku memang xbertapis langsung. Plus mak aku tu slalu sangat backing dia. Maklum la anak bongsu. Sampaikan baju yang aku bagi tu dia cakap kakak aku yang bagi, padahal kakak aku pun convincekan dia yang aku bagi.. Memang balik cuti semester pun aku sendiri yang bagi kat dia, boleh pulak dia cakap macam tu. Walaupun dia baru form berapa tah time tu, aku tetap rasa dia sangat kurang ajar. Bukannya kau tau nak say tq ke apa. Kau lagi xnak admit pulak tu aku yang bagi. Sejak2 tu aku malas nak cakap ngan dia. Even mak aku suruh aku ajar addmath kat dia pun aku wat bodo. Yes, aku pendendam. What to do? Sape suruh mulut kau macam longkang kan? Even now mulut still longkang, menjawab mak aku no 1. Tu la mak..manjakan sangat dia. Oh, xbaik kutuk adik sendiri.. Tapi geram bila ingatkan balik....!

Balik ke cerita asal. Dia pun nak cari kat tenet jugak.. Memang la cari isi tu boleh, tapi at least kau brainstorm dulu la, fikir.. Otak ada, fikir la..! Benda basic la tu. Orang yang tulis artikel tu pun mesti la dia fikir dulu sebelum tulis kan? Aku rasa internet dah buat manusia jadi malas berfikir.. Asal ada ap2 je mesti cari kat internet. Zaman dulu xde internet boleh je hidup. Agaknye orang dulu2 lagi pandai sebab banyak berfikir kot. Now semuanya di hujung jari. Ko xpayah susah2 cari ilham memalam dah nak wat essay ok. And agaknye sebab kita belajar facts banyak, so kita dah terbiasa dengan facts, payah nak guna common sense.. Asyik cari pakai internet je, mana nak datang kreatif and kritis tu? Nak wat essay pun kena google. Apekehal??

Tuesday, December 27, 2011

Dah kawin ke?

Petang tadi aku gi rumah Salmah nak borak2.. Biasa la time menganggur ni haruslah memanfaatkan masa yang ada. Kang dah keja mesti dah susah nak jumpa.. On da way gi rumah dia, aku lalu depan rumah arwah pak imam. Anak dia tinggal situ, aku panggil dia Abang Nan. Dia ni dari aku tadika lagi asyik kacau aku sampaikan aku naik malu.

Pastu aku ni pulak baru boleh terperasan Abang Nan ada kat luar rumah dia tengah dukung anak. I was like, bila pulak dia ni muncul? Ah..sudah.. Dan2 aku jalan tunduk. Dengan harapan dia xtegur. Skali...

Abang Nan: tengok kakak tu, kakak (bercakap ngan anak dia)

Aku: hai baby..(xkan aku nk buat bodo, kuang ajo namanya..)

Anak dia tengok aku macam aku ni hantu. Mata dia xkelip2. Sudah, kang nangis plak.. Baik aku blah. Kaki dh mula nak melangkah..

Abang Nan: dah kawin ke?
Aku:blom..

Aku xtau la apa yang nampak aku ni macam dah kawin. And lagi satu dah nama kau dok satu taman ngan aku, xkan la knduri aku xpanggil kau kan. Bila aku tengok dressing aku, sah.. Mesti dia tengok aku pkai macam pompuan dalam pantang. Sebab tu dia tanya. Pfffft!

Si pencuri bra

Bila ingatkan kisah ni aku rasa geram sangat.. Dulu aku suka beli bra kaler2.. Macam2 kaler ada. Ko nak kuning, biru, merah, purple sume ada. Bila aku balik rumah time cuti semester, mesti bila angkat kain bra aku hilang.. Mula2 tu aku ingat aku misplace ke apa kan, aku pon carik merata-rata.. Tapi dah lama2 aku tergerak hati nak sidai baju which selama ni aku xpernah sidai, lipat aku rajin. Pastu aku pun ingatla mane aku sidai and kaler apa.. Tengahari bila nak angkat..aih..mana pegi?????? Sah, ada orang amek.. Tapi aku x sure sape amek. Mengong lahhhhh.. Kalau setakat bra scarlet 10 rggt tu aku xheran sangat.. Tapi kalau sploh hengget tu hilang banyak2, meroyan la aku.. Sampaikan aku tinggal 4 helai je masa tu.. Bengkek la aku kan.. Yang tinggal pon yang xsedap pkai. Yang kaler2 aku suka pulak tu yang hilangnye.. Habis la triumph, audrey aku.. Well time study kalau beli bra duit sendiri yang mahal2 cket aku memang meroyan kalau hilang. Nama pon student, bukannye banyak sangat duit. Lepas tu aku terus xsidai bra kat luar. Padanla dah dekat 20 helai hilang baru aku nak insap xnak sidai kat luar, sengal!

Pastu balik cuti semester yang berikutnye aku dengar kawan kakak aku pon hilang bra jugak.. Aku nak sangat tau sape amek sampaikan terpikir nak pasang cctv-macamkan bra tu berlian je. Pastu aku dengar ada monyet yang curik.. Bila pikir balik cam logik gak sebab kaler2 je yang dia amek.. Tapi aku geram sebab dalam rumah ni ada 4 wanita.. Tapi aku je yang hilang..warrrghhh!

Tapi kalau orang pon logik gak sebab dia amek yang lawa2 je. Yang xlawa xnak. Kan banyak story pasal orang laki gatal curi bra.

Kepada si pencuri bra, aku nak sangat tau sape kau..xkisah la kau manusia atau kau monyet yang digembar gemburkan. Tapi kalau monyet mane dia simpan? Dalam hutan getah tu ke?? Xde orang kecoh pon jumpa bra banyak2 dalam hutan tu. Kalau kau manusia, aku xnak kau pulangkan balik, just mengaku je. Sebab kau la aku dah malas nak shopping bra tau!

Monday, December 26, 2011

Allah dah tentukan..

Hari ni anniversary wedding mak n ayah aku yang ke-28 tahun..and aku dapat berita yang nenek bos dah meninggal..walaupun aku xde pertalian apa2 dengan diorang, aku tetap rase sedih sebab bos punya nenek..xkan aku nak bergumbira pulak kan? Keji la tu.

Since last week kot arwah dh xboleh makan n minum..kesian gila..aku pernah la jumpa arwah beberapa kali tapi xde la aku sembang2 sangat. Orang tua2 ni kalau sakit kesian.. Aku ingat lagi masa tu aku 6 tahun, nenek aku meninggal..masa budak2 nenek aku ni manjakan aku gak la..sape xsayang cucu kan? Masa dia sakit tu dia menjerit2.. Sedih bila ingat balik.. Aku menyesal xgi cium dia before nak bawak gi kubur sebab aku takut hantu.. Orang kan selalu kaitkan orang mati dengan hantu. Sampai sekarang aku rasa sedih bila ingatkan balik. Selang dua hari adik aku lahir.. Kesian mak aku, dengan sedih mak dia meninggal, pastu kena tahan sakit beranak pulak. Ada orang pernah cakap.. Allah tu adil, Dia ambil sorang, tapi Dia gantikan dengan yang lain.. Cantik je aturanNya.. Sape pon xboleh duga.. Ok habis bab tu..

Dulu mak cakap nenek meninggal sebab angin ahmar.. Pastu bila aku borak dengan cousin aku, dia cakap ada orang cakap nenek kena buatan orang.. Pulak dah...sape la yang nak buat camtu..nenek aku tu baik apa.. Tapi bila cousin aku cakap 'cuba pikir kalau betul angin ahmar kenapa dia jerit2 macam tu?' . Teros aku diam.. Tetibe seram.

Perangai buruk III

Pendendam...

Aku memang susah sangat nak lupa apa yang org wat kat aku, especially yang buatkan aku malu or sakit hati..orang cakap 'easy to forgive, hard to forget'.. Tapi aku 'hard to forgive, hard to forget'.. Kalau hal-hal kecik gua xde masalah..hal2 besar tu agak la..aku boleh maafkan pon ikut keadaan jugak la..kalau aku baik hati, aku maaf kan..tapi untuk lupakan..never!! Kalau aku lupa tu maybe la sebab aku ni pon pelupa..oh, yes.. Bila cakap pasal pelupa ni aku baru ingat something..mane ek aku letak buku translation bahasa jawa tu?? Adessss

Sunday, December 25, 2011

I love you...





i don't always tell you that you mean more to me than anything, i don't always tell you that you brighten up my love every day, i don't always tell you what's in my heart..that you're my one and only love..

Thursday, December 22, 2011

Adam adli..oh adam adli..

Banyak sangat blog yang cerita pasal si adam adli ni..aku pun menyelar tindakan budak ni yg sangat la x mature..ko boleh wat perangai batak ko kt tempat orang watpe? Adam adli, kita ni kalau nak protes ada salurannya..padan la ngan muka kau kn, gi jolok sarang tebuan, kena la tanggung ok. Bak kata green apple, berani buat berani tanggung. Sedarla sikit kau tu study kt ipta ok, kalau ko ipts orang xkan cakap apa2..nak2 kau bakal guru..peoples have different perspectives, kalau yg sokong ko, ok la..kalau x? Orang sedikit sebanyak akan start pandang rendah kat guru2, like sekarang pon orang dah xrespect cikgu macam zaman dulu2 lg dah..trimas sebab dengan tindakan 'bijak' kau ni, kerjaya sebagai guru semakin x disegani..adab sopan ko dah hilang gamaknye, sebab tu ko jadi camtu..aku nak gelak pon ada, sedih pon ada..nak gelak sebab tindakan 'bijaksana' ko tu, sedih sebab aku pikirkan ko tu sebangsa ngan aku, mane perginye nilai2 murni, sopan santun, hormat menghormati yang mak bapak n cikgu2 kita ajar? Daripada kau buat macam tu, better ko tweet najib terus apa yang ko xpuas ati sangat.senang..direct!

Dah la tu..kang kalau aku tulis banyak2 pasal dia kang tetibe aku pitam sebab darah naik..

Tu satu pasal..ni pasal orang yg sebarkan gambar2 adam adli, siap ada gambar gay la apa..aku xnak tuduh dia wat, sebab sekarang zaman kau boleh senang hati super impose gambar orang..so x sure itu adam adli or orang yang dengki khianat kat dia..pastu pembangkang tengok mesti la dorang akan cakap orang umno buat ni kan? bagi aku, xpayah la nak burukkan si budak mentah ni sebab dengan perbuatan dia pun dah nampak dah siapa dia sebenarnya..burukkan dia pun lagi buatkan pembangkang ni cakap ini agenda politik umno je..lambat atau cepat, the truth will reveal..xpayah la sangat nak burukkan orang...kita pun bukannya baik sangat kan? Bukan maksud aku kita kena duduk diam, telan je apa yang orang nak buat..tapi hidup kan ada rules, negara kita ada rules..ikut saluran yang betul..buat police report or apa2 yang patut (apa2 yang patut tu harusla tindakan bijaksana)..ok..lega dah lepas! Kalau x aku tension.haha

Perangai buruk II

Pagi ni ada benda yang melegakan hati aku sikit..tapi ade gak la rasa yang cam xbest sikit...


cerita pasal perangai buruk aku yang nombor 6..

6. Dengki
Sifat ni memang ada kat aku sejak aku masuk u..alahai kau, sume yang xbaik jadi kat u ek..lantakla..yes, aku memang suka dengki bila orang lain lebih dari aku..especially blajar..masa kat matrik n sekolah dulu aku memang xhadap buku sangat pon..nasib2 je result aku tu..tapi bila masuk u competition is way stiff compared to matrik n sekolah sebab kitorang sikit so memang boleh nampak sape yang belajar ok and x..bagus jugak mendengki ni sebab aku akan bersungguh-sungguh blajar..tapi yang xbagusnya bila aku tension lelebih, pastu makan banyak macam kena rasuk ngan hantu raya..boleh eh? bengong!

Selain dari itu (betul ke ayat ni?) , aku ni suka gak mendengki kalau orang tu lebih dari aku tapi bukan dari segi kebendaan..benda2 ni lantak la, bukan tahan lama pon..yang aku dengkikan is bila life orang tu happy..kalau tengah sedih2 pastu tengok orang lain hepi xde ke ko pon dengki nk hepi jugak kn? maka dengan itu aku akan sedaya upaya memujuk diri supaya hepi walaupun hepinye sekejap je..tapi aku xdela jenis2 insan yang mendengki tengok orang lain hepi n sedaya upaya merosakkan kehepian orang tu..itu keji namanya..dengki itu boleh tetapi jangan sampai merosakkan diri dan orang lain..

tu je kot setakat ni yang aku ingat...nanti aku updatelagi ye blog..aku hepi skrang sebab aku dh xyah hilang2 diary lagi..hehehe..

Wednesday, December 21, 2011

kebuntuan

Dilema sungguh la...bos dah kerja, aku belum lagi.. dia bizi, aku rileekkkkk...huarghhh..tension gile bile berpacaran ngan orang dh keja ni..kang tido awal la, ape la..aku kat rumah dok tercongok tunggu dia sms or tunggu dia reply sms aku..eh kucing ni bunyi2 pulak time aku menaip. shuh gi sane!!!!!

banyak jugak citer yang aku dengar, bila berkawan masa belajar, memang la senang sama senang, susah sama susah sume, tapi bila dah bekerja, dunia kat luar tu lagi luas, pilihan lagi banyak.. and aku pun terpikir, mesti ramai perempuan yang berkerjaya, cantik2 sume..kalau bos nak tinggal aku pon, dia boleh tinggal aku cmtu je sebab dengan keadaan dia yang dah bekerja sekarang dia boleh dapat yang much100x better dari aku..sape la yang nak bebankan diri tanggung orang xbekerja kan??

Bila aku pandang diri sendiri dari aspek berikut:
a) Penampilan ---> out! aku sangat comot n xpandai langsunggg bergaya..sangat teringin nk masuk grooming class tp adekah mak bapak aku nk sponsor??? 100% tidak.

b) Tingkah laku---> sangatlah 'sopan'. kadang2 aku layan bos nak xnak je, layan pon bukannye lemah lembut, kadang2 penumbuk aku sampai gak kat dia..nasib baik dia ni cepat sabar, tapi aku tau dia pon mesti marah aku wat cmtu..hahaha..sori la bos i memang cmni..dulu aku cakap aku tomboy xnak caye..there are times yang aku jadik sopan gak, tengok tempat la...tapi dengan dia ni sebab aku berkawab dulu, so kadang2 memang kitorang gurau kasar, bukan gurau2 manja macam kekasih..erk..cm xsesuai je perkataan tu..tetibe rindu saat dengan kawan2 dimana aku dulu sangaaaaatttt suka memijak kasut diorang....

c) Status kewangan ---> yes, aku adelah manusia tersengkek di dunia..harapkan tolong mak aku ironkan baju dia je, dapatla duit..pastu harapkan bos punya duit je..yes, memang dia cakap dia xkisah tapi aku kisah (and dalam kisah2 tu jugak bila sempit aku pinjam dulu duit dia..wahaha). Sangat xbest ok kalau ko xbekerja. tapi asal aku nak kerja je mesti ada benda yang buatkan aku memospone permohonan kerja..wah..ayat apekah itu?? plus kat kedah ni gaji ciput gile..n aku ni boleh drive je, kalau boleh nek motor kurang la cket tanggungan minyak tu kan..kalau gaji 500, gi kerja minyak sebulan dh 300, habis tinggal 200 je kt aku? ohh...xmampu hidup waaupun di rumah sendiri.

d) Hal ehwal agama---> honestly aku ni bukan orang yang wat qiamullail tiap2 jumaat ok..boleh kira brapa kali je aku wat.huhu..terok kan?? kuat agama pon bukan, family aku macam biasa je..solat wajib tu aku wat la..yang sunat tunggu terawikh n sunat raya je...hehehe..jahil lagi..dulu masa kat sekolah aku slalu score PI, every test n exam aku dapat highest..kawan2 aku cakap aku kalau exam memang ok, tapi aplikasi kurang! haha..tengok baju n tudung la, baju pon muat2 je tapi sekarang aku dh try avoid jeans n t-shirt, aku pkai blouse je so longgar la cket...



berdasarkan faktor-faktor di atas, aku ni kira pakej yang lengkap untuk ditinggalkan lelaki.. bos deserves better than me.. down nyeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee

Tuesday, December 20, 2011

Aku yakin semorang ade perangai buruk masing2..perangai buruk aku baaaanyakkkk sangat...

1. Slalu pikir negative
ni mmg dari azali aku cmni..slalu sangat overthink benda..tu yg kejap2 nak sentap je.mengong la...asal aku call orang xangkat, n time tu rmai pulak yang aku call xangkt fon, mula la aku pikir macam2...asal aku tengah chat or br nk stat conversation tetibe org tu tros offline pon aku sentap gak..orang tu xsuka aku la, aku ada wat salah pape ke kan..or maybe orang tu found out something pasal aku ke..mana la tau kot2 aku ad terkutuk ke, kadang2 aku pon xsedar...still trying to be a mature person..susah la..masa kecik dulu aku termatang awal...masa standard 4 aku dh start masuk kuiz kesihatan, men netball sume, xde masa nak main2 mcm budak2 lain..agaknye sebab tu kot bila besar aku jadi x matang balik...boleh x macam tu???

2. Suka tido
aku jenis xboleh tido petang, kalau tido je mesti pening lalat pat lima hari..so time menganggur ni sangatla heaven bila bole bangun lmbat..hahaha..time practikal dulu pon pas subuh aku bantai tido smpai pkul 11 sebab aku dapat sesi petang..trok x? Nama pon perangai burok..

3. Bersih tak bertempat
ada time2 dia yang aku rasa geli nk sntuh barang sendiri ok..tu barang sendiri bukan orang lain..kalau nk basuh baju kadang2 aku xnak campurkan baju aku ngan baju mak aku, bapak aku sume..pastu ada pulak time belajar dulu, kul 3 pagi aku boleh gi basuh bilik air..pastu masa tengah masuh jamban boleh pulak teringat cite tangan hantu kuar dari lubang jamban eh..hampassssss....satu hari kat rumah, bila jin pembersih ni masuk badan aku time aku tengah tido, tros aku terjaga n xboleh tido balik sebab dok wat schedule dlm pale otak nak kemas rumah, mop2 sgala keesokan harinye..semangat x??

4. Panas baran
yang ni aku notice sejak aku masuk u..dulu aku adelah insan paling cooool....mana ada nak marah2 orang ni..tapi sejak aku masuk u, macam2 wat aku meroyan..dengan perangai bos yang dulunye ramai scandal lagi, study lagi..serabut ok...sampaikan benda2 kecik pun aku nak menyebal..n mangsanya adelah encik bos..kesian gila dia, balik2 dia yang kena..tapi nasib baik dia sabar..hehe..nasib kau la bang..ada skali tu kawan bos provoke aku, dhla orang tengah migrain kan, aku xtahan tros aku g tumbuk n trajang dia..wahaha..sori la bro, spe suh ko cr pasal ngan aku kannn..dapat la skali penangan aku..tapi sekarang aku try gak cover kemarahan..istighfar dalam ati banyak2..

bahasa dan aku....

tengah2 buka blog jibah midori, tetibe lagu keluar..pastu pulak laptop hang xle nk tutup..ah..sudah..kena marah memalam buta pasang lagu kuat2.demmmmm!!!!!!!!!!
tu citer lain..ni citer sebenar..




i;ve been doing a lot of thinking semenjak jadi penganggur tegar ni..salah satunye sebab bahasa.it's not that aku ni xpaham bahasa, tapi aku dengan bahasa kureng cket.. contohnye...

1.tatabahasa, peribahasa, sastera
dulu wat esei kt skolah bukan main lagi..siap spm dpt A1..dulu yela kan, blaja sebab nk exam (mcm la skrang tak kannn). sekarang bila aku tengok adik aku menghafal2 bm punya peribahasa sume tu, aku xtau n xpernah dengar pon yg peribahasa tu wujud..spm dulu ada 3 soalan pasal peribahasa, aku boleh jawab satu je, tu pon salah..bm susah gila la.. esei je aku yakin sebab kita lontarkan idea sendiri..ada skali tu aku kena berdiri dalam klas smpai hbis masa bm sebab cikgu marah aku xdapat interprete maksud sajak tukang gunting..huahuahua..sampai sekarang aku xpaham apekebenda sajak tu kalau aku xbaca sinopsis or ada orang translate kat aku. bi pon sama, fail btol la..sebab tu aku kalo speaking je gagap..time bi dulu harapkan babysteps punye buku je..kalau x haraammmm aku nk baca buku2 dia..The Pearl tu like aku punya bedtime story la..baru page 1 dh tdo tros. n bila time bi mse form 5 ade je yg aku monteng..sir pon jarang masuk klas. kawan aku si yaya ni slalu senggugut, so time bi aku amek kesempatan jaga yaya kt bilik or sick bay so that aku boleh skip klas bi..hahaha..padan la dulu time practikal student aku cm hantu je..cikgu dorang lg hantu..



aritu ade sms ngan bos n kitorang cakap pasal jawa sebab dia orang jawa..rupanya ada tatabahsa gak bahasa dorang..contohnye if kita nk cakap 'ye sayang', dlm bahasa dorg 'iye wok', tapi untuk lelaki 'iye wereng'. bos suh aku blaja bahasa jawa. senang if nanti kalau aku dh dengan dia xdela aku ternganga dengar family dia borak. mbmmbi(memperkasa bm n memperkukuhkan bi) pon aku dah semput..inikan nk belajar tatabahasa jawa. adeiii!





2. merosakkan bahasa..(sila jangan ikut, ini perbuatan keji)
selain dari selalu blur bila orang sebut new words depan aku (new la sangat padahal aku yg bengong xpenah dengar), aku ade satu penyakit suka merosakkan bahasa..aku suke sebut school as 'sekul', study as 'setadi', things like that..tapi just for fun la..gile ke kalo intrview keje aku nak cakap macam tu? kalau x makan pelempang makan penendang interviewer tu adela..




*aku bukan xsayang bahasa, tapi tidak di expose dengan persekitaran yang menggunakan bahasa yang betol(again, pointing fingers to others..normal kan orang cakap macam ni) like pelat2 sume..(cik ira kalau ko nk cakap bahasa buku pi keja ngan DBP ok!)...

Sunday, December 18, 2011

20 sen dan rm500

Ni kes yg baru jadi gak..masuk paper..bising kne bayar 20sen utk borang BR1M...aku pun xtau knape la ade orang2 yang kedekut 20sen untuk dapatkan 500 hengget! Yes, borang tu free tapi bila ada pihak yang tolong ambilkan n fotostat pastu jual 20sen, knape ko bising sedangkan dia wat mcm tu sbb nk dptkan modal dia fotostat tu je..n cuba bayangkan, minyak kete/motor untuk ko gi amek borang tu, rasenye lebih dari 20sen kot. Bukan aku nk rendahkan nilai 20sen tu, tapi aku just xpaham knape benda sekecil tu nk dibangkitkan..lainla kalau ada orang jual borang tu harga 10 ringgit kn? Kalo ko rse 20 sen tu mahal, gi carik yg free hokey..bapak aku pun fotostat sendiri..

Pastu pasal duit rm100 tiap2 budak sekolah dapat..sebenarnye aku agak setuju if cikgu2 potong tunggakan hutang budak2 tu kat sekolah..bukan apa, if dpt bole ke x mak bapaknye manage dat duit wisely kita pun xtahu kn? Tapi bila mak bapak bising, cikgu kena bagi balik.haiya....habis hutang bila nk langsai??? Ada sorang bapak ni, mat(bukan nama sebenar) isap ganja..bila dapat duit tu dia guna beli ganja..n now terkial2 mntak pnjam duit kt sedara mara nk beli barang2 sekolah anak, yuran sekolah lagi..kerajaan bagi duit tu untuk tampung perbelanjaan sekolah anak ko, bukan beli ganja ngek!! Geram btol aku jenis yg pndai kawin, tapi xreti nak bertanggungjawab.

(saya tidak pro kepada mana2 parti politik, dan entry ini bukanlah bertujuan politik tetapi dari sudut pandangan penulis saja)