Sunday, August 5, 2012

Ingatlah Orang yang Tersayang

Apa yang aku nak tulis ni takde kena mengena pun dengan tajuk di atas. Aku kalau menulis mana reti nak bertajuk bagai. Al maklum masa sekolah dulu soklan exam dia dah bagi tajuk apa, tinggal kau tulis je.

Di suatu petang yang hening, sewaktu dalam perjalanan ke Tesco Taiping untuk berbuka puasa dengan hausmate aku si Irfah ni, dia ada ceritakan satu benda yang buat aku menangis. Almaklum aku kan primadona menangis. Sensitip selalu.

Al-kisahnya,

Ada seorang pemuda, aku tak ingat nama apa, telah dilaporkan hilang ketika dia berekspedisi di Bukit Larut. Dia telahpun berkahwin dengan seorang wanita, yang aku tidak tahu namanya. Kehilangan selama 3 hari (if im not mistaken) telah membuat ramai tertanya-tanya. Anyway cerita pasal dia masuk dalam tv or paper. Lupa. Dia adalah seorang guru di King Edward Taiping. Rakan taulan ramai bertanya di facebook, kemanakah dia pergi..

Sehinggalah suatu hari, mayatnya ditemui di gaung di Bukit Larut. Rupanya arwah telah tergelincir lalu terjatuh ke dalam gaung tersebut. Ketika itu isteri arwah baru sahaja mengandung. Betapa beratnya dugaan yang telah Allah berikan kepada isteri arwah...

Beberapa bulan kemudian, isteri arwah melahirkan bayi perempuan bernama medina, nama yang arwah mahukan jika isterinya melahirkan anak perempuan...

Yang menyentuh hati adalah akaun facebooknya tak pernah sunyi. Seolah-olah dia masih ada di dunia ini. Ada pelajar bertanya seolah2 dia pergi bercuti di 'rumah barunya', setiap kali hari lahirnya, wall arwah dipenuhi dengan ucapan hari lahir dari sahabat handai, pelajar dan juga saudara mara, berserta al-fatihah... Paling menyedihkan adalah apabila di dinding akaun muka buku isterinya bertulis yang beliau amat merindui arwah, dan tidak kuat menempuh hari muka tanpa arwah di sisi, tetapi beliau harus tabah demi anak mereka, Medina....

Hati ini tersentuh.. Andainya aku ditakdirkan mendirikan rumahtangga, aku harap biarlah aku pergi dulu, kerna aku tahu aku lebih lemah berbanding wanita ini.. Moga beliau sentiasa di bawah lindunganNya.. Amin...

No comments: