Cewah kemain macamkan happy je. Sebenarnya ada rasa geram sikit. Eh aku ni asyik tulis pasal sedih, geram, xpuas hati je kan?
Asal ada masa baik aku tulis. Sebab nanti dah takde masa busy denga keja bila bukak sekolah nanti.
Aku tak tau la ni perasaan aku ke apa. Tapi aku rasa macam budak sekarang ni banyak bergantung kat orang yang ada pengalaman or lebih tua tanpa try sendiri or figure things out first before referring to the expertise or adults kalau ada something yg dorang kena buat and taktau buat.
Aku dulu pun xtau, sistem dulu and sekarang pun berbeza, aku pun xpandai IT tapi aku tryyyyy! Dulu internet access pun limited, mahal, x semua orang afford untuk ada internet sendiri kat rumah. Cyber Cafe pun jauh, tapi sebab aku memang kena buat, jadi bersusah payah naik bas ke CC. Naik bas ok....Bayangkan la bas nak ke CC tu, bas xmasuk sampai dalam. So kena keluar. Ada la dalam 2.5km kot. Isi UPU, isi PTPTN xboleh2 masuk sebab sistem baru perkenalkan, jadi ada la sana sini tak ok. Berkali2 ulang gi CC buat. Ayah aku pun keja, dengan aku yang takde lesen (sengaja taknak ambil sebab takut). Aku pernah jalan kaki lepas balik dari Bank nak buka akaun untuk PTPTN. Time aku kan belum ada SSPN lagi. So ke Bank Islam. Aku naik bas balik dari Jitra, turun Kepala Batas. Carik teksi, tapi masa tu solat Jumaat jadi takde teksi melayu. Kedah banyak taxi driver malay. So naik bas. Bas pulak takde yang masuk ke jalan nak gi rumah aku. Aku jalan kaki dari Kepala Batas tu ke rumah! Jap aku google berapa km. 6km++. Panas terik kot. Tabah je aku.
So kalau hal remeh like tatau nak bukak web apa padahal dah terang2 kat surat dia tulis apa kau kena buka, nak kena cari borang apa semua tapi ko cakap takde. Bila aku bukak ada pulak. Tak bebulu ko? Arahan bertulis kot. Follow jela. Apa yang susah sangat pun. Terang2 lepas bukak tu ada bendanya. Mula aku tolong sebab tak tau. Aku pun taktau, tapi aku try2 je. Ni bukan takat nak try, nak pilih kos pun malas nak tengok, suruh aku isi. Bila aku tanya kos ni nak? Xnak. Kos ni nak? Xnak jugakk.. Aku dari sekolah direct ke sana semata2 nak tolong, boleh buat camtu pulak.
Pastu bila kena cek sendiri tanya aku apa pword bagai. Aku dah bagitau kot pword apa, siap tulis lagi. Tak dapat kena buat rayuan, tapi tak reti. Aku pun tak reti. Bukak la web, godek2. Semua orang pun taktau. Dapat tawaran surat tawaran aku printkan. Bila mak aku suruh dia, dia sms aku pulak cakap tak reti. Bila aku print, siap hantar ke rumah suruh dia buat iktu arahan. Tapi tak tau jugak. Aku buat, print borang pendaftaran and pos pulak. Pastu tanya lagi tak reti isi. Boleh tak baca betul2? Macam la aku tau semua. Siap mintak aku gi rumah terangkan kat dia apa yang dia tak paham. Dalam tu ada tulis, so ikut jela apa yang dia mintak dalam tu. Even dulu pun aku 1st child yang ke hostel masa umur 13, sepupu aku pun takde yang gi hostel lagi. Tak reti tapi ikut je arahan dalam tu. Ada salah2 jugak, tapi pihak sana paham la xbiasa lagi. Aku bukan taknak tolong but this is too much. Aku pun ada kerja kena handle. Kang tak tolong ada yang cakap mentang2 dah kerja tetap, berlagak. No! Bila kerja kita ada komitmen. Aku pun berulang balik kerja. Nak ke sana lagi. Letih kot. Plis la jangan expect aku 24/7 boleh guide itu ini. System berubah. Ni pun cuti sekolah baru ada masa nak rilek sikit. Tu pun hari2 mengadap kerja jugak. Boleh tak try dulu? Aku bukan tak pernah cakap. Nanti kalau asyik harapkan orang tolong itu ini macam mana study? Study bukan macam kat sekolah cikgu sumbattttt semua. Ko kena explore sendiri jugak.
Plis ye adik2. Jangan harap orang masak, hidang, suap dalam mulut.