Sici - banyak sangat keja kat rumah ni. Tak habis2. Ohh..cengginikah hidup seorang surirumah? Gila babeng penat!
Loro - patutnye aku kat selangor hari ni tapi tak pegi. Reason?? Bapak tak bagi. Semalam dah susun ayat cantekkk punya, sekali dia senyap je. Ok. Taknak tanya dah. Kang dia tak cakap dengan mulut, cakap ngan tangan and kaki pulak.
Telu - mood kedarah je keja. Bukan lapa tapi otak rasa kosong, jalan terhuyang hayang, rasa macam nak pitam. So penyelasaian terbaik adelah melahap. Semalam nyaris tumbang kat meja masa tusen, tapi diselamatkan oleh nescafe susu. Nampak air je tros sambar. Kang tak masal bebudak ni kena hantar aku balik pulak. Apa penyakit tah? Kebas2 pun makin teruk. Kaki rasa macam ada letrik mengalir. Strok kecilkahh?
Papat - nak kencing tadi, pastu elok dah bukak seluar, sekali tengok si caca landing kat tepi jamban baekkkk punya. Cara dia tengok macam tekejut. Yela sebab aku bogel. Terus pakai seluar balik. Malu ngan dia. Bawak dia keluar and teruskan aktiviti kencing. Bila tengok caca je lepas tu rasa malu. Budusss
Limo - Beria teringin makan masak lemak cili api ketam ngan nenas kann.. Sekalik masin pulak.. Tapi wa layan je. Kurang pedas sikit. Mak aku la ni. Aku nak taruk cili lebih dia tak bagi. Aku ni hidup tak lengkap kalau makan tak pedas. Snap pic nak mms bos. Sekali tak boleh pulak. Pastu siap potong rm3. Silambam kang celcom ni!
Nenam - Malam ni ajl..mintak2 la beribu sesalan or sedetik lebih menang. Best gila lagu tu.
Pitu - Rasa macam nak keluar jenjalan. Bosan dok kat rumah. Tapi kalo jenjalan kua duit. Takpelahh,,jenjalan dalam mimpi jela.
Wolu - adik aku demam dah 3 hari. Ayah aku bawak gi klinik, balik tu mak aku blend bunga raya, letak kat kepala dia. Manja kan? Jeles aku. Maklomla dulu sakit2 pon kat sekolah, kat hostel, di perantauan. Bila sakit kat rumah, macam malu nak mintak tolong picit kepala ke apa. Maybe sebab lama sangat jauh dengan family, rasa awkward kot. Plus family aku bukan jenis menunjukkan kasih sayang.
Songo - Jiran sebelah ni bagitau mak aku kat sini ada toyol. Duit dia dah kena curi 2x. Dia gi bomoh tanya. Aku tak paham kenapa orang suka sangat berbomoh ni. Bukannya ko dapat balik duit tu pon kan? Lagi kau keluar duit ada la. Kalau betul pon info yang bomoh tu bagi, dia ni sama ada pembohongan dia betul, ataupun dia ada belaan yang bagitau dia. Nak cakap jangan percaya bomoh pun, tak boleh.. Makcik2, kena la hormat. Tapi takpe kan? Boleh tegur dalam hati..;)
No comments:
Post a Comment