Wednesday, February 1, 2012

Pengalaman Misteri

Boring pulak malam ni. Nak study untuk exam Penguasa Kastam tu, tapi tak tau nak study apa. Maka mari menulis-nulis. Sebab esok malam jumaat, mood adelah baik kerana cerita hantu tb3 santau merasuk tu boleh ditonton. Harapnye tak ada gangguan lagi la minggu ni. Minggu lepas miss tengok sebab bergayut dengan Izwan, kawan time matrik dulu. Lama jugak borak, sejam lebih. pastu gelabah rasa bersalah sebab meningkatkan bil dia. T_T

Esok aku nak attend kelas jahit manik. Bolehla mak melaram pagi raya baju bling2. Tadi depan kawasan perumahan aku ada pasar pagi. Time aku benti kat stall nak beli laksam, ada sorang orang laki cuit aku. Rupanya dia senget. Pakai boxer je. Aku punya la cuak kan.. Huhuhu

Title Pengalaman misteri tapi melalut pulak. Banyak kisah2 seram aku baca, kadang2 nak tido pun takot. Aku ada la a few misterious experience, tapi takde la takot sangat. Tak takot ke? Aku rasa aku lemah lutut nak nangis sume ada. Ni antara yang aku ingat.

#1 - Universiti
a) Kisah masa aku sem 4. Aku ni duduk rumah sewa dengan budak kos lain, so takde la kawan sangat, lagipun mereka senior. Aku memang tak banyak kawan. Dunia ngan bos je. Gila anti social kan? Satu malam aku kena tinggal sorang. Aku dah biasa pun tinggal sorang ni. Tapi malam tu, aku dalam bilik. Flat ni ada dua bilik je. Suddenly aku dengar ada bunyi kriukkk..kriukkkk..kriukkk..macam kau bukak and tutup pintu kat bilik sebelah. Bunyi adelah sangat dekat. Kalau bunyi dari rumah orang lain kau takkan boleh dengar sebab block dia dekat dengan jalan so bunyi kenderaan lalu lagi kuat. Tapi ni memang betol2 kuat. Mula2 dia kriukkk..kriukkk..Slow je. Time ni aku taktau mana aku dapat kekuatan, aku cakap tapi slow jela suara, "Dahla jangan kacau aku la". Pastu bbunyi pintu kriukkk2 makin laju. Aku teros tepon bos nangis2 suruh dia datang sebab aku takot gila. Pastu tak jadi suruh datang sebab lepas tu akak2 rumah aku dah balik. Sebelum tu, i mean a few days back aku kena jugak kriukk2 tu. Position aku betol2 depan pintu bilik tu. Masa tu pukul 3 pagi. Tapi aku buat dekk je sebab aku kat tempat cerah kan. And sebelum tu housemate aku, Wani ada tanya aku dengar ke tak bunyi pintu kriuk2 tu, aku cakap la takde. Padahal hari tu aku duduk hall sekali ngan dia. Lepas tu baru la aku pulak yang kena.

b) Kejadian di rumah sewa sebelum rumah sewa flat tu. Aku kat kawasan perumahan teres. Biasa la student kan, pompuan pulak tu.. Ada yang takleh solat la apa. So aku takleh solat time tu.. Agak bising la, pastu kitorang capture pic. Tetibe kat belakang tu nampak putih je.. Macam ada benda la..Aku tunjuk kat kawan2 aku yang dalam gambar tu sekali. Semua cuak. Aku teros delete pic tu. Pastu kecoh eh satu rumah pasal gambar tu. Siap pi tanya ustaz la ape benda semua. Pastu munculla cerita2 tak best. Nampak orang solat pukul 5 la, pastu ada sorang ni dengar aku panggil dia dari luar bilik air bila dia kat dalam tu la. Anyway masa kat rumah sewa sem 8 pun sama. Kawan aku ni nak amek wuduk time subuh. Dia dengar aku panggil dia dari luar bilik air, "Susu,susu..susu" dengan nada yang riang. Nama dia su, tapi aku manjakan jadi susu. Padahal aku tengah tido and period time tu. Apesal tah suka sangat nak jelma jadik aku. Waa.. matikla pasni takot nak pi tido.

#2 PLKN
Aku takde la kena possess tu tapi kena kacau cenggitu je. Biasa la kem kat hutan banat kan, harus la ada. Boleh aku tengah tidur dia lompat2 atas katil aku? Paling kelakar bila aku ingat jiran katil aku kena possess. Sebab aku terjaga tengah malam dia tengah duduk ok. Dia ni india. Esoknya aku tanya apesal dia duduk tak tido. Dia semayang rupanya. Kalau dia cakap "yeke? saya tak sedar pun?". Sah aku mintak ubah tempat tido time tu jugak. Ada kes cikgu kena possess, tapi aku tak sempat interview cikgu tu lebih2. Dia just cakap "Saya tak ingat apa2. Tapi saya still rasa badan saya berat2." Aku takot berpindah kat aku so aku blah cepat2.

#3 hostel kat mrsm
a) Masa aku form 2. Kitorang ada meeting dengan warden aras. Aku kat aras atas. malam time tu. Boleh nampak orang kat aras bawah, kat water filter. Aku ni malas nak focus, so aku focuskan kepada water filter tu sebab tengok orang amek air bagai. So aku nampak ada sorang ni, dia macam kaki tak jejak tanah tau, straight je jalan. kalau kita jalan kan badan mesti henjut2 sikit kan. Ni tak. pastu selongkar2 dalam tong sampah. Rambut adelah panjang and berpakaian serba putih - tipikal cik hantttoooo la kan. Habis dia selongkar tu dia patah balik, stil badan takde hinjut2. Sampah berselerak. Muka tak nampak ok. Serius cuak. Nasib baik dia tak pandang atas tengok aku pastu lambai2 kan? Tapi aku takdela cerita kat sesape pasal tu. Karang kecoh 1 hostel pulak. cari apa tah? Pad kot? Kan orang cakap hantu suka makan darah pad. Eii..tak senonoh ok.

b) Masa aku Form 1. Tengah aku tido, aku terjaga sebab aku dengar orang baca yasin. Tapi lepas tu sambung tido balik. Rupanya esok pagi tu dapat tau ada kakak f4 kena possess balik daripada outing. Kat langkawi kan banyak kedai antik. Dari patung2 kayu siam tu la dia kena. Berpindah dari badan ke badan. 3 orang kena. Akak ni aras tengah, Aku aras 3, atas sekali. Bilik boleh nampak la sebab kat tengah ada ruang macam padang, so bilik bertentang. Time pawang datang tu, aku boleh nampak la dari atas yang muka kakak ni dah biru2, suara dah tukar jadi besar. Pastu warden datang suruh kitorang aras atas cecepat lari ke rumah dia sebab pawang cakap benda tu nak serang budak atas pulak. Sepantas kilat semua orang lari tido rumah warden. Takut punya pasal sampai masuk jamban warden dua orang sekali. Pastu letih and takut, semua tido terbongkang. Sekali ngan warden bangun pukul 7. Keh3


Aku rasa macam ada lagi, tapi dah tak ingat sangat cerita yang sebetulnya. Tapi kat hostel kan selalu dengar cerita merepek like hantu makcik karipap, orang sebelah, pastu tah hapa2 lagi la. ok dah start takot sebab bunyi2 tah hapa2 didengari.















No comments: