Tadi aku keluar pi mydin. Almaklum baru bukak. Haruslah terjah kan.
Situ best jugak la..banyak barang murah2 and kiosk pun banyak jual baju and tudung with reasonable price. Standard la tempat besar, tudung bawal 2 tone rm10. Haritu kirim dari kelantan pun rm12. Tapi ada je judak yang mahal sikit.. Rambang mata okeh. Tapi aku rembat satu tudung cheetah. Sebab aku takde sangat tudung printed. Just plain je.
Tappiiiiiii. Bukan tu yang aku nak citer now. On the way ke mydin, kitorang dok sebelah keta viva ni. Haduimak. Dia cucuk2 keta depan dia. Kancil. Pompuan bawak. Viva ni jantan bawak. Pastu time jalan tu dia saja bawak laju2 pastu brek dekat2, i mean lagi sikit nak langgar keta kancil tu. Semua orang tengok dia. Sebab terkejut. Tapi muka dia macam bangga. Grrrr.
Maki2 aku dalam keta. Geram betul. Kau ni takde sivik la jantan oi. Lelaki ni, asal pompuan je kat atas jalan.. Ada je yang cakap 'oo..pompuan yang drive..patutlah..'. Kekadang aku nak je cilikan jejaka yang cakap camni. Helo, pompuan ni penyabar and berhati2. Bukan cam korang.
Berbalik kat cerita tadi. Si kancil yang cuak ni pun cepat2 berhenti kat tepi selepas beberapa kali cucukan. Pastu si viva ni terus memecut laju puas hati. Celaka kan? Geram betul aku tengok. Rasa nak bukak pintu keta time lampu merah tadi, pi lari kat viva tu pastu senyap2 pecahkan cermin keta dia. Kalau lagi dasyat aku bukak bonet keta, amek playar pastu kasi potong anu. Nakkk? Tak beradab. Apa tah yang kau dapat buat orang camtu. Pantang betul aku orang yang bajet bagus nak cucuk2 orang. Kau cucuk pompuan pulak tu. Tak malu ke?
Kalau la tengah kau mencucuk tu pastu betul2 terlanggar, menjawab la kau dengan pak polisi. Tu pun kalau bernyawa lagi. And aku akan pastikan aku jadi saksi.
No comments:
Post a Comment