Sunday, February 5, 2012

Tade tajuk

Adik aku dah keluar ward. Seronok pulak gi hospital tu, tak macam hospital pon. Ward yang adik aku duduk tu ward 3rd class, tapi 4 katil je.. Ekon lagi..heaven betol. Masa gi tengok dia tu aku siap boleh terlelap dah kat katil sebelah.

Pastu aku asyik gi dia punya kafeteria. Lepas makan ngan mak aku, aku turun pulak makan ngan ayah aku.. Waaa..matikla badan bertambah gemokkk.. Tapi serious best n sedap2 makanan dia. Mee udang dia sangat best. Ayah aku sampai beli bawak balik lepas adik aku discharge tadi. And harga sangattttt ok. Murah gila babs. Tak pernah aku gi mana2 kedai dapat murah camtu. Pastu ayah and mak decide lepas ni kalau nak keluar makan2, gi cafe hospital je.. Hihihih. Klaka la pulak. Orang gi hospital tengok orang sakit ni g nak makan.

Tengahari tadi aku masak sambal goreng tempe. Sedap pulak. Selalu tak sedap. Skill dah meningkat agaknye. Hahaha..best3!

Semalam sms ngan bos. Rase cam bahagia sekejap sebab dia cakap tah bila la boleh habiskan duit kat aku. Walaupun aku taknak tapirasa ayat cam comel je. Dia ni memang kekadang suka buat ayat yang aku rasa comel. Ke aku yang tah pape ni? Eh.

Semalam jugak aku gi exam penguasa kastam. Aku rasa cam susah je exam dia. Wuwuwuw. Cramp jari aku menulis esei. Pastu soalan esei bi ada yang aku tak paham and tak yakin. Dah la lama sangat2 tinggalkan dunia pengarangan dengan penuh sopan santun dan berhemah dengan penggunaan ayat formal. Ingat nak tinggal je, tapi dah alang2 3 seksyen dah aku harung, haruslah aku teruskan kan.. Huhu.. Tak berharap sangat pun, tapi kalau ada rezeki alhamdulillah... 8-)

Friday, February 3, 2012

Kejadian hari ini

Adik aku masuk ward due to sakit apetah aku pon taktau. Throat bleeding la senang cite. Muntah darah.

Mak aku tdo hosp, ayah aku balik rumah. Aku pun kat rumah. Esoknye gerak ke hospital pukul 8.30.

Adik aku dah ok sikit, dah boleh cakap and makan. Elokla dah 9 hari tak makan betol2 since cny aritu. 3 botol air tambah.

On the way balik, in fact dah half way ke rumah.. Mak aku still kat hospital, aku and ayah je.. Rasa keta dah tak sedap bawak. Macam duk3 bunyi dia. Aku dah rasa macam pancit dah, tayar blakang. Aku suruh ayah stop, tapi situ takde tempat benti, so jalan depan sikit dekat kem askar tempat ayah keja. Ok, sekali cek memang betol. Tayar blakang sebelah kiri.

Tengah ayah aku tukar tayar tu, kawan dia nak keluar minum. Time tu pukul 10 lebih camtu. Nampak kitorang, mereka benti. Then saja check2 tayar. Ha kau, bilah gunting ok cucuk dalam tu. Panjang lebih kurang 4 inches. Tayar rabak ok, rabak. Koyak dari arah rim ke luar tayar. Nasib baik tayar spare ada angin. Kalau tak jalan kaki la jawabnye ke rumah. Kedai tutup hari jumaat. Even cina pon tutup. Tunggu jela esok.

Oh by the way esok aku kena pi exam penguasa kastam. Hope evrything will just be okay..

Wednesday, February 1, 2012

Pengalaman Misteri

Boring pulak malam ni. Nak study untuk exam Penguasa Kastam tu, tapi tak tau nak study apa. Maka mari menulis-nulis. Sebab esok malam jumaat, mood adelah baik kerana cerita hantu tb3 santau merasuk tu boleh ditonton. Harapnye tak ada gangguan lagi la minggu ni. Minggu lepas miss tengok sebab bergayut dengan Izwan, kawan time matrik dulu. Lama jugak borak, sejam lebih. pastu gelabah rasa bersalah sebab meningkatkan bil dia. T_T

Esok aku nak attend kelas jahit manik. Bolehla mak melaram pagi raya baju bling2. Tadi depan kawasan perumahan aku ada pasar pagi. Time aku benti kat stall nak beli laksam, ada sorang orang laki cuit aku. Rupanya dia senget. Pakai boxer je. Aku punya la cuak kan.. Huhuhu

Title Pengalaman misteri tapi melalut pulak. Banyak kisah2 seram aku baca, kadang2 nak tido pun takot. Aku ada la a few misterious experience, tapi takde la takot sangat. Tak takot ke? Aku rasa aku lemah lutut nak nangis sume ada. Ni antara yang aku ingat.

#1 - Universiti
a) Kisah masa aku sem 4. Aku ni duduk rumah sewa dengan budak kos lain, so takde la kawan sangat, lagipun mereka senior. Aku memang tak banyak kawan. Dunia ngan bos je. Gila anti social kan? Satu malam aku kena tinggal sorang. Aku dah biasa pun tinggal sorang ni. Tapi malam tu, aku dalam bilik. Flat ni ada dua bilik je. Suddenly aku dengar ada bunyi kriukkk..kriukkkk..kriukkk..macam kau bukak and tutup pintu kat bilik sebelah. Bunyi adelah sangat dekat. Kalau bunyi dari rumah orang lain kau takkan boleh dengar sebab block dia dekat dengan jalan so bunyi kenderaan lalu lagi kuat. Tapi ni memang betol2 kuat. Mula2 dia kriukkk..kriukkk..Slow je. Time ni aku taktau mana aku dapat kekuatan, aku cakap tapi slow jela suara, "Dahla jangan kacau aku la". Pastu bbunyi pintu kriukkk2 makin laju. Aku teros tepon bos nangis2 suruh dia datang sebab aku takot gila. Pastu tak jadi suruh datang sebab lepas tu akak2 rumah aku dah balik. Sebelum tu, i mean a few days back aku kena jugak kriukk2 tu. Position aku betol2 depan pintu bilik tu. Masa tu pukul 3 pagi. Tapi aku buat dekk je sebab aku kat tempat cerah kan. And sebelum tu housemate aku, Wani ada tanya aku dengar ke tak bunyi pintu kriuk2 tu, aku cakap la takde. Padahal hari tu aku duduk hall sekali ngan dia. Lepas tu baru la aku pulak yang kena.

b) Kejadian di rumah sewa sebelum rumah sewa flat tu. Aku kat kawasan perumahan teres. Biasa la student kan, pompuan pulak tu.. Ada yang takleh solat la apa. So aku takleh solat time tu.. Agak bising la, pastu kitorang capture pic. Tetibe kat belakang tu nampak putih je.. Macam ada benda la..Aku tunjuk kat kawan2 aku yang dalam gambar tu sekali. Semua cuak. Aku teros delete pic tu. Pastu kecoh eh satu rumah pasal gambar tu. Siap pi tanya ustaz la ape benda semua. Pastu munculla cerita2 tak best. Nampak orang solat pukul 5 la, pastu ada sorang ni dengar aku panggil dia dari luar bilik air bila dia kat dalam tu la. Anyway masa kat rumah sewa sem 8 pun sama. Kawan aku ni nak amek wuduk time subuh. Dia dengar aku panggil dia dari luar bilik air, "Susu,susu..susu" dengan nada yang riang. Nama dia su, tapi aku manjakan jadi susu. Padahal aku tengah tido and period time tu. Apesal tah suka sangat nak jelma jadik aku. Waa.. matikla pasni takot nak pi tido.

#2 PLKN
Aku takde la kena possess tu tapi kena kacau cenggitu je. Biasa la kem kat hutan banat kan, harus la ada. Boleh aku tengah tidur dia lompat2 atas katil aku? Paling kelakar bila aku ingat jiran katil aku kena possess. Sebab aku terjaga tengah malam dia tengah duduk ok. Dia ni india. Esoknya aku tanya apesal dia duduk tak tido. Dia semayang rupanya. Kalau dia cakap "yeke? saya tak sedar pun?". Sah aku mintak ubah tempat tido time tu jugak. Ada kes cikgu kena possess, tapi aku tak sempat interview cikgu tu lebih2. Dia just cakap "Saya tak ingat apa2. Tapi saya still rasa badan saya berat2." Aku takot berpindah kat aku so aku blah cepat2.

#3 hostel kat mrsm
a) Masa aku form 2. Kitorang ada meeting dengan warden aras. Aku kat aras atas. malam time tu. Boleh nampak orang kat aras bawah, kat water filter. Aku ni malas nak focus, so aku focuskan kepada water filter tu sebab tengok orang amek air bagai. So aku nampak ada sorang ni, dia macam kaki tak jejak tanah tau, straight je jalan. kalau kita jalan kan badan mesti henjut2 sikit kan. Ni tak. pastu selongkar2 dalam tong sampah. Rambut adelah panjang and berpakaian serba putih - tipikal cik hantttoooo la kan. Habis dia selongkar tu dia patah balik, stil badan takde hinjut2. Sampah berselerak. Muka tak nampak ok. Serius cuak. Nasib baik dia tak pandang atas tengok aku pastu lambai2 kan? Tapi aku takdela cerita kat sesape pasal tu. Karang kecoh 1 hostel pulak. cari apa tah? Pad kot? Kan orang cakap hantu suka makan darah pad. Eii..tak senonoh ok.

b) Masa aku Form 1. Tengah aku tido, aku terjaga sebab aku dengar orang baca yasin. Tapi lepas tu sambung tido balik. Rupanya esok pagi tu dapat tau ada kakak f4 kena possess balik daripada outing. Kat langkawi kan banyak kedai antik. Dari patung2 kayu siam tu la dia kena. Berpindah dari badan ke badan. 3 orang kena. Akak ni aras tengah, Aku aras 3, atas sekali. Bilik boleh nampak la sebab kat tengah ada ruang macam padang, so bilik bertentang. Time pawang datang tu, aku boleh nampak la dari atas yang muka kakak ni dah biru2, suara dah tukar jadi besar. Pastu warden datang suruh kitorang aras atas cecepat lari ke rumah dia sebab pawang cakap benda tu nak serang budak atas pulak. Sepantas kilat semua orang lari tido rumah warden. Takut punya pasal sampai masuk jamban warden dua orang sekali. Pastu letih and takut, semua tido terbongkang. Sekali ngan warden bangun pukul 7. Keh3


Aku rasa macam ada lagi, tapi dah tak ingat sangat cerita yang sebetulnya. Tapi kat hostel kan selalu dengar cerita merepek like hantu makcik karipap, orang sebelah, pastu tah hapa2 lagi la. ok dah start takot sebab bunyi2 tah hapa2 didengari.















Bosan

Tengahari tadi, kawan universiti aku call.. Farah nama dia.. Aku start rapat dengan dia since semester 7, time practikal sebab aku dapat prac sama sekolah dengan dia.

Banyak jugak borak, rindu sangat2.. Ntah bila lagi boleh jumpa..

And tadi farah suruh aku bukak acc tagged. Aku pun try la bukak.. After a while mak aiiiii... Ramai betol yang request. Aku ni perangai malas nak tengok profile, aku main accept all je. Pastu mereka2 ni message la.. Sekor ni nama kote ku horny tak silap. Cam hapa je nama. Tak agak2. Yang seko lagi sebok tanya aku pakai apa, baring or duduk.. Motip? Nak wat modal la tu. Tipikal lelaki gatal. Me dont loike!! But mostly ok, tp yang aku tak berkenan macam dua eko tu aku block je terus..

Motip tulis blog? Sebab bosan.

Tuesday, January 31, 2012

Stress

Pagi2 mak aku dah bebel, tanya, aku pegi tusen bape kali sebab mak cik tu bagi rm50 je. Aku gi nam kali so suppose rm60. 2 hours for rm10. Pastu mak aku citer mak cik tu siap cakap yang lebih tu sedekah. Heran sekejap. Adekah mak cik tu ingat aku gi pat kali je? Or dia ingat sejam rm2.50, so 2jam rm5, macam yang makcik yg sorang lagi tu pikir. And 6 kali pegi darab rm5 untuk 2 jam adelah sama dengan rm30. And dia sedekah rm20..

Mak aku bising2 la, aku pun rasa cam tak best je. Mau tak bising. Kang aku takde duit, duit dia jugak aku mintak. Takat rm50 tu kejap je boleh habis even aku kat rumah pon. Lepas duit aku nak belajar jahit manik pon belom tentu.

Pastu mak cik tu tanya aku nak ke tak ajar budak lain lagi 4 orang, tapi pagi. Aku sebenarnya nak keja tempat lain, which i can earn more. But problem aku adelah tempat kerja jauh and tak berbaloi dengan gaji. Aku nak gi keja sendiri ayah aku tak harapkan aku drive. Mak aku lagi laaaaaa tak bagi. Caner tu?? Sedih betol hidup aku ni. Stress pikir.

Sunday, January 29, 2012

Mengimbau Kenangan Lalu

Dulu kan masa zaman aku era 90-an ni, aku rasa macam best je. Kat kampung dulu, kampung mak aku la, kampung bapak aku jarang balik..main masak-masak, kengkonon feeling rambut panjang, kitorang amek kain baju kurung letak kat kepala. pastu belai2 macamkan rambut betul. Kampung aku tu macam kampung nelayan. Banyak kulit siput and kulit kerang, kepah semua. Masa nak main masak2, kitorang tak suka mainan yang beli tu. Gigih and gila kreatif memasing pakai tempurung jadikan periuk, pastu kulit kerang selit kat batang kayu eskrim tu buat sudip or senduk. Lenyek2 bunga raya, bunga itu, ini.. Aku bajet mesti Arwah Tok Wan and Tok pening bila cucu2 balik kampung. Ada je activity nak buat. Anyway orang utara panggil tok wan tu untuk atuk and tok tu untuk nenek.

Maybe aku feeling lebih2 sebab tu tempat lahir aku. Umah tok and tok wan. Situ la aku lahir. Mak andak aku cerita, dulu mak aku berebut bidan nak lahirkan aku. Jiran sebelah pun nak bersalin jugak. Kelaka pulak pikir. Zaman dulu anak nombor 2 dah boleh bersalin kat rumah. Takyah gi hospital pon takpe.

Permainan masa zaman ni best sangat. Budak2 sekarang mana ada main galah panjang dah. Semua lepak depan laptop. Tak sihat langsung! Kalau cekelat tu, macam2 ada. Yang beli sekali dapat cincin la, cekedis yang dalamnye dapat subang lekat2 la..ohh.. lagi satu memori best kat kampung adelah dapat makan es kepal. Dia dalam plastik air teh ais kalo beli kat mamak ko nak beli bungkus tu. Pastu kaler2. kat rumah aku takde, kampung je ada. Pastu kat kampung la aku belajar makan limau kecik dengan asam merah. Pastu tonyoh2 asam tu kat mulut sampai merah. Macam pakai lipstick la konon. Main rounders takde pakai bola tenis tu. Buat sendiri je. Letak batu kat dalam, kepal2 dengan sokabar, selotep. Siap. Pukul pun takde pakai kayu, pakai selipar je. Pastu bila masuk mrsm guna bola tenis ngan kayu kriket tu gelabah tak dapat pukul. Jakun sekejap.

Pastu ada pulak time pakai gelang yang buat dari tube getah, pastu dalam tube tu letak perca kain campur2.. masa tu dah rasa macam lawa sangat dah. Tapi bila aku pikirkan sekarang macam tah pape je. Bisnes yang kitorang buat masa kat kampung adelah lipat2 sokabar, pastu gamkan jadi bentuk bekas. Pastu jual kat kedai untuk orang kedai tu guna buat tempat letak tepung, gula, dsb bila orang nak beli. kira takyah isi gula, tepung dalam plastik la. Isi dalam sokabar tu. Dapat pun bukan banyak sangta.. Tapi seronok. duit tu buat apa tah? Lupa dah. beli cekelat kot?

Kakak2 sedara yang lagi besar dari aku tengah gila tulis biodata. Aku masa tu macam blur2 lagi taktau kebenda pun biodata ni. So diorang tuliskan kat aku. Padahal bukan aku suruh pun. Main tulis je makanan kegemarah, minuman kegemaran, hobi segala padahal aku time tu baru masuk sekolah rendah je pon. Mana nak reti hobi, cita2 segala. Janji diorang boleh penuhkan buku tu je. Pastu boleh tunjuk kat kengkawan kononnya kau banyak kawan. Normal la tu kan, budak2 lagi masa tu.

Kat rumah pulak, suka main sukaneka dengan kakak aku, kawan dia and adik dia. Adik kawan kakak aku ni kawan aku la. Satu sekolah. Si Salmah yang jadi cikgu sekarang ni. macam2 la kitorang main.. dari lari2 sampai menyanyi, menari semua ada. Bersungguh2 buat, sampai menang. Tapi menang bukan dapat hadiah pun. Katakan kalau sukaneka tak habis hari tu jugak, esoknya sambung pulak.

Pastu makin membesar ada pulak kalau nak cakap rahsia2 kan, kena cakap macam ni:
"Aku tak suka la dia tu" gantikan dengan huruf m atau f.... Jadi "Amakumu (aku) takmak (tak) sumukama(suka) lama(la) dimiyama(dia) tumu(tu). Aku pun terbabit sama belajar cakap cenggini.. tapi bila dah ramai yang tau dah tak best nak buat. Mula2 aku dengar kakak sedara aku cakap macam tu, dia cakap " kalau nama hang shamahimirama (Shaheera" Aku macam..menatang apa ni nama aku ada rama2 pulak? Lepas diajar tu baru la ak tau

Tetibe rindu nak balik ke zaman dahulu. Best sangat2.


Random lagi

Sici - banyak sangat keja kat rumah ni. Tak habis2. Ohh..cengginikah hidup seorang surirumah? Gila babeng penat!

Loro - patutnye aku kat selangor hari ni tapi tak pegi. Reason?? Bapak tak bagi. Semalam dah susun ayat cantekkk punya, sekali dia senyap je. Ok. Taknak tanya dah. Kang dia tak cakap dengan mulut, cakap ngan tangan and kaki pulak.

Telu - mood kedarah je keja. Bukan lapa tapi otak rasa kosong, jalan terhuyang hayang, rasa macam nak pitam. So penyelasaian terbaik adelah melahap. Semalam nyaris tumbang kat meja masa tusen, tapi diselamatkan oleh nescafe susu. Nampak air je tros sambar. Kang tak masal bebudak ni kena hantar aku balik pulak. Apa penyakit tah? Kebas2 pun makin teruk. Kaki rasa macam ada letrik mengalir. Strok kecilkahh?

Papat - nak kencing tadi, pastu elok dah bukak seluar, sekali tengok si caca landing kat tepi jamban baekkkk punya. Cara dia tengok macam tekejut. Yela sebab aku bogel. Terus pakai seluar balik. Malu ngan dia. Bawak dia keluar and teruskan aktiviti kencing. Bila tengok caca je lepas tu rasa malu. Budusss

Limo - Beria teringin makan masak lemak cili api ketam ngan nenas kann.. Sekalik masin pulak.. Tapi wa layan je. Kurang pedas sikit. Mak aku la ni. Aku nak taruk cili lebih dia tak bagi. Aku ni hidup tak lengkap kalau makan tak pedas. Snap pic nak mms bos. Sekali tak boleh pulak. Pastu siap potong rm3. Silambam kang celcom ni!

Nenam - Malam ni ajl..mintak2 la beribu sesalan or sedetik lebih menang. Best gila lagu tu.

Pitu - Rasa macam nak keluar jenjalan. Bosan dok kat rumah. Tapi kalo jenjalan kua duit. Takpelahh,,jenjalan dalam mimpi jela.

Wolu - adik aku demam dah 3 hari. Ayah aku bawak gi klinik, balik tu mak aku blend bunga raya, letak kat kepala dia. Manja kan? Jeles aku. Maklomla dulu sakit2 pon kat sekolah, kat hostel, di perantauan. Bila sakit kat rumah, macam malu nak mintak tolong picit kepala ke apa. Maybe sebab lama sangat jauh dengan family, rasa awkward kot. Plus family aku bukan jenis menunjukkan kasih sayang.

Songo - Jiran sebelah ni bagitau mak aku kat sini ada toyol. Duit dia dah kena curi 2x. Dia gi bomoh tanya. Aku tak paham kenapa orang suka sangat berbomoh ni. Bukannya ko dapat balik duit tu pon kan? Lagi kau keluar duit ada la. Kalau betul pon info yang bomoh tu bagi, dia ni sama ada pembohongan dia betul, ataupun dia ada belaan yang bagitau dia. Nak cakap jangan percaya bomoh pun, tak boleh.. Makcik2, kena la hormat. Tapi takpe kan? Boleh tegur dalam hati..;)